GASTRONOMI LAZAT RESTORAN CIKGU LEE DI TAMAN MELAWATI
Kebanyakan masyarakat Melayu di Malaysia akan memilih restoran halal tidak kira di mana mereka berada. Begitu juga dengan masyarakat Cina Islam. Budaya makan Melayu dan Cina Islam tidak banyak bezanya. Mereka secara keseluruhannya mencerminkan adaptasi kreatif terhadap keperluan agama sambil mengekalkan warisan kulinet yang kaya dan beragam. Baru baru ini saya dijemput untuk merasai makanan cina halal di sebuah restoran diberi nama Restoran Cikgu Lee.
Restoran Cikgu Lee ialah sebuah restoran yang menyajikan masakan Cina halal, terletak di 328, Jalan Bandar Melawati, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur. Restoran ini telah mendapat pengesahan halal daripada JAKIM, memastikan hidangan yang disajikan sesuai untuk pelanggan Muslim.
Pada tahun 2024, Restoran Cikgu Lee telah menganjurkan Hari Terbuka Tahun Baru Cina yang pertama, menandakan komitmen mereka dalam meraikan kepelbagaian budaya bersama komuniti setempat.
Makanan yang disajikan semuanya sedap dan menyelerakan. Keadaan restoran yang berhawa dingin juga memberikan keselesaan sepenuhnya kepada para pelanggan mereka.
Antara menu yang paling saya suka ialah kueteow goreng yang penuh dengan udang.. selain itu nasi goreng cina juga sangat menyelerakan.
Restoran ini terkenal dengan pelbagai hidangan seperti Pan Mee, Chee Cheong Fun, dan Mi Kari Nyonya, yang telah mendapat ulasan positif daripada pelanggan. Terdapat juga menu lain yang rata rata pengunjung memberikan reviu yang positif terhadap sajian yang disediakan.
Restoran ini beroperasi setiap hari dari jam 8:00 pagi hingga 10:00 malam.
Untuk maklumat lanjut atau tempahan, anda boleh menghubungi talian 03-48209698. Anda juga boleh mengikuti perkembangan terkini mereka melalui laman Instagram rasmi di @restoran_cikgulee.
Comments
Post a Comment