FATTAH AMIN KINI DUTA RISSA SKIN

RISSA SKIN RAIKAN KEJAYAAN DAN UMUM PELANTIKAN DUTANYA YANG TERKINI


Melangkah sahaja ke perkarangan Mutiara  Ballroom di Royale Chulan Damansara pada 1 Februari 2025, terasa teruja untuk mengetahui acara di dalam dewan kerana terpesona melihat pakaian hadirin mengenakan serba putih & ‘turqoise’. Rissa Skin, jenama kecantikan yang semakin mendapat tempat di hati pengguna, melakar satu lagi pencapaian gemilang dengan penganjuran majlis Hi Tea eksklusif di dalamnya. 


Acara penuh glamor ini bukan sahaja meraikan kejayaan kempen pemasaran mereka, tetapi juga menjadi platform untuk mengumumkan pelantikan duta baharu yang bakal membawa jenama ini ke peringkat lebih tinggi.




Acara Hi Tea ini diadakan khusus untuk meraikan pemenang bertuah yang telah membeli Putey Whitening Coffee, memberikan sebuah peluang eksklusif untuk menikmati sesi hi-tea bersama Fattah Amin. Dalam suasana santai dan mesra, pemenang bertuah berpeluang berinteraksi secara lebih dekat dengan Fattah, sekaligus menjadikan pengalaman ini sebagai satu kenangan istimewa.


Di tengah suasana mewah yang dimeriahkan oleh kehadiran para ahli niaga, rakan media dan pelanggan setia, Rissa Skin berkongsi pencapaian luar biasa mereka dalam industri kecantikan, termasuk kejayaan besar dalam pemasaran digital menerusi TikTok.



Dengan strategi inovatif dan produk berkualiti tinggi, Rissa Skin terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama pilihan pengguna yang mementingkan penjagaan kulit.



"Sepanjang penglibatan Rissa Skin dalam industri ini, Alhamdulillah produk kami mendapat sambutan hangat dan berjaya membantu ribuan pelanggan dalam meningkatkan keyakinan diri dan juga memperbaiki kesihatan kulit mereka. Pelbagai maklum balas positif yang kami dapat dan itu adalah pencapaian paling berharga bagi kami," kata Tuan Haji Ahmad Shah Rizal, Pengasas Rissa Skin.


                                Duta Rissa, Fattah Amin


Antara momen kemuncak acara ini adalah pengumuman rasmi pelantikan duta baharu Rissa Skin. Pelakon terkenal, Fattah Amin, yang sebelum ini telah berjaya membawa kejayaan kepada Putey Whitening Coffee, kini diberi tanggungjawab baharu sebagai wajah rasmi untuk produk krim malam Rissa Skin. Karisma dan kredibiliti Fattah Amin bukan sahaja memperkukuh jenama Rissa Skin tetapi juga memberikan keyakinan kepada pengguna terhadap keberkesanan produk yang ditawarkan.


"Fokus kami adalah untuk menghasilkan produk yang berkualiti dengan menggunakan bahan-bahan premium dan teknologi terkini bagi memenuhi keperluan pengguna yang pelbagai." sambungnya lagi.





Selain itu penyanyi yang kian meningkat naik namanya di persada seni tanahair iatu Amirah Othman tampil membuat persembahan di acara ini. Karenah pengacara Bell Ngasri turut menghiburkan penonton dengan telatah lucunya menghiburkan peminat dengan usikannya terhadap Amirah dan Fattah. 


Mengenai Rissa Skin


Rissa Skin ialah jenama kecantikan yang menawarkan rangkaian produk penjagaan kulit premium berasaskan bahan semula jadi dan teknologi terkini. Dengan komitmen tinggi terhadap keberkesanan dan keselamatan produk, Rissa Skin terus mencipta inovasi bagi memenuhi keperluan pengguna yang mahukan kulit lebih sihat, cerah dan berseri. Rissa Skin juga sangat popular di Brunei dan Singapura, membuktikan kepercayaan pengguna di rantau ini terhadap produk mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai Rissa Skin, sila ikuti media sosial Rissa Skin untuk info terkini.


Tik Tok: @rissaskin

Instagram: @rissaskin.hq

Comments