USTAZ DON KINI DUTA KEBAIKAN ALKHAIR MALAYSIA


Alkhair Malaysia (Pertubuhan Al-Khair Malaysia) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sebagai 
Duta Kebaikan Alkhair bagi tahun 2025, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2025



Pelantikan ini bertujuan untuk memperkukuhkan usaha Alkhair Malaysia dalam memperkenalkan organisasi secara lebih meluas melalui peranan 
Duta, meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap aktiviti kemanusiaan, dan menyampaikan mesej kebaikan kepada komuniti tempatan dan antarabangsa. 



Sebagai simbolik pelantikan ini, sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) telah diadakan pada 23 Januari 2025 di Kuala Lumpur, disempurnakan oleh Ustaz Azfar Abdullah, Pengerusi Alkhair Malaysia, bersama
Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, Duta Kebaikan Alkhair. Majlis ini dijangka memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi visi dan 
misi dalam menyebarluaskan mesej kebaikan serta memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk terlibat dalam inisiatif kebajikan. 


Pertubuhan Al-Khair Malaysia adalah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan pada 2024. Objektif penubuhan ini adalah bagi membantu kerja kebajikan dan misi kemanusiaan di dalam Malaysia dan luar negara. 

Ini adalah 5 program utama yang menjadi tonggak perjalanan kemanusiaan Alkhair Malaysia:

1. Alkhair Food Programme (AFP): Menyediakan bantuan makanan kepada komuniti yang  terjejas akibat konflik atau bencana.

2. Alkhair Emergency Relief (AER): Memberikan bantuan segera kepada komuniti yang terjejas akibat konflik, bencana alam atau krisis kemanusiaan.

3. Alkhair Child Programme (ACP): Menjaga kebajikan kanak-kanak melalui pendidikan,  kesihatan, dan kesejahteraan emosi.

4. Alkhair Education Programme (AEP): Memastikan akses pendidikan berkualiti kepada masyarakat, seperti golongan asnaf di Malaysia, anak-anak pelarian dan mereka yang berada di negara konflik.

5. Alkhair Health Programme (AHP): Memberikan akses kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti untuk golongan kurang berkemampuan dan mereka yang berada di negara bergolak atau bencana.

6. Alkhair Hope: Menyampaikan sokongan kewangan dan pembangunan sosial kepada golongan asnaf, OKU, dan mangsa bencana.

NILAI - NILAI ALKHAIR MALAYSIA 

IHSAN - Alkhair Malaysia berpegang teguh pada prinsip Ihsan dengan memberikan bantuan penuh kasih sayang dan keikhlasan, serta bertanggungjawab sepenuhnya kerana setiap kebaikan memiliki impak besar.

BERIMPAK -  Alkhair Malaysia menitikberatkan keberkesanan dan impak positif pada setiap inisiatif, dengan fokus utama pada pembangunan masyarakat dan perubahan sebenar.

KEJELASAN & TANGGUNGJAWAB - Alkhair Malaysia menitikberatkan keberkesanan bantuan melalui impak positif dan pembangunan masyarakat yang sebenar dalam setiap inisiatif yang diambil.

SINERGI - Kami percaya pada kekuatan kerjasama dengan pelbagai pihak untuk mencapai hasil yang lebih besar dan berkekalan.

INOVASI - Alkhair Malaysia menghargai inovasi dan kreativiti, serta bertanggungjawab mencari pendekatan baharu dan teknologi tinggi untuk misi bantuan kemanusiaan yang lebih efisien dan berkesan.

Dalam ucapan pengerusi AlKhair Malaysia beliau mengajak kita semua menyebarkan kebaikan dan bersama sama menyebarkan rahmat dan kasih sayang bersama dunia. Semoga Alkhair menjadi inspirasi kepada

Laman web: www.alkhair.my 
Facebook :  Alkhair Malaysia
Instagram :  @alkhair.my
YouTube :  Alkhair Media
TikTok :  @alkhair.my


Comments