‘Sekampit Beras Satu Keluarga’ Jalinan Kerjasama Insaf Malaysia & Irama


Satu majlis program kerjasama murni telah diadakan pada 24 Januari 2025 di Taman Setiawangsa Kuala Lumpur. Pertubuhan Bantuan Teknikal Insaf Malaysia (Insaf Malaysia) yang ditubuhkan secara rasmi pada 2009 pernah memperkenalkan Program Beras Amal Sekampit Beras Satu Keluarga ( SBSK) yang menyasarkan golongan asnaf, Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas, serta rumah kebajikan. 

Menerusi data terkumpul, Insaf Malaysia yang berusia 16 tahun sudah membantu lebih 431 rumah kebajikan serta lebih 1309 murid-murid sekolah. 

Presiden dan PengasasnyaIshak Abdul Kadir berkata, program SBSK ini mulanya dibuat secara kecil-kecilan. 

"Beberapa tahun terakhir sebelum Pandemik Covid-19, Insaf Malaysia berjaya mengumpul! 15 tan beras. Apabila terjadinya Pandemik, kami sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi dan terpaksa berhenti. 

"Cadangnya saya nak mulakan semula tahun lepas tapi kena tunggu lagi sebab arahan masa Pandemik tidak membenarkan buat benda-benda itu. Namun saya buat juga tahun lepas secara kecil-kecilan. 

"Akhirnya tahun ini Insaf Malaysia bercadang mulakan semula. Tahun ini kami nak perluaskan lagi kutipan itu," katanya. 

Ishak berkata, objektif utama SBSK dibahagikan kepada tiga kelompok iaitu satu pertiga beras untuk program Dapur Insaf, satu pertiga untuk sekolah dan satu pertiga untuk OKU, warga emas dan lain-lain. 

Untuk Dapur Insaf, kita akan memasak untuk murid-murid sekolah dari Isnin sampai Jumaat dalam kuanti 200 hingga 250 pelajar anak-anak yatim di sekolah. 

“Ia adalah program makan tengah hari dimana kami akan beri murid makan sebelum aktiviti kokurikulum dan kelas sekolah agama. 

Dapur Insaf ini berada di Taman Seputeh untuk kawasan Kuala Lumpur dan Setiawangsa untuk kawasan Gombak, Ampang dan Pandan," katanya. 

Menurutnya, selain itu terdapat juga Dapur Insaf di Pulau Pinang yang digerakkan sekitar empat atau lima tahun lepas. 

"Jadi satu pertiga daripada kutipan beras ini adalah untuk kegunaan Dapur Insaf. Untuk sehari kami sediakan makan untuk 750 orang di lokasi yang disebutkan tadi. 

"Program SBSK yang dibuat di sekolah-sekolah pula, selain menyediakan makan tengahari, kami turut memberikan foodbank barangan makanan seperti beras (10 kg), minyak masak, kicap dan lain-lan lagi. 

"Beras sekarang sukar didapati. Kalau ada wang pun tak dibenarkan beli lebih daripada beberapa kampit. Setiap kali orang beri wang, bila nak beli pula terhad kerana tidak boleh beli jumlah yang banyak," katanya. 

Seperti contoh, sekiranya mahu membeli 300 kampit beras, ia tidak akan tercapai dan hanya boleh membeli beberapa puluh kampit sahaja pada satu-satu masa. 

"Kalau ikutkan sasaran, saya harapkan mungkin tahun ini kita nak gandakan kutipan, maknanya 30 tan. Jadi kutipan kita mesti dalam 30,000 kilogram. Saya harapkan semua kutipan ini untuk diberikan kepada tiga dapur kita iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. 

"Insaf Malaysia wujudkan tiga (3) pusat kutipan iaitu di Taman Seputeh, Taman Setiawangsa dan Perda, Pulau Pinang. Kita sediakan kanopi dan individu yang berminat hanya perlu "drop off" beras. 

"Kita juga minta dia tuliskan nama dan nombor telefon untuk ditunjukkan bukti beras-beras ini pergi ke mana menerusi WhatsApp nanti," katanya. 

Selain menghantar beras, Insaf Malaysia juga mempermudahkan urusan penyumbang dengan memperkenalkan pindahan wang menerusi QR Code akaun Maybank Insaf Malaysia (562188306090)

"Semua kutipan akan dicatat kerana kami NGO yang ada pelepasan cukai dan buat audit. Untuk kutipan beras, ia bermula dari beras seberat 5 kilogram. 

Kalau beri beras yang beratnya 10 kilogram, kita hanya dapat berikan kepada 10 orang. Kalau yang 5 kilogram, kita dapat beri kepada 20 orang. Cara ini lagi efisien," katanya. 


Menurut Ishak, program SBSK, Dapur Insaf pertama kali diperkenalkan di Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang. 

"Ideanya bermula di situ. Saya berikan beras 10 kilogram dimana murid-murid asnaf ini tidak boleh bawa balik beras itu. Jadi mereka akan suruh ibu atau bapa mereka datang sekolah untuk tolong ambilkan beras. 

"Jadi dari situ ada peluang untuk ibubapa jumpa guru. Ini untuk bina hubungan antara sekolah dan ibubapa dan mengenal pasti masalah mereka. 

"Untuk sekolah, Insaf Malaysia menyediakan empat program tanggungjawab sosial korporat (CSR) iaitu cermin mata, makan tengahari, farmasi dan foodbank," katanya. 


Insaf Malaysia juga mengadakan kerjasama dengan IRAMA Entertainment Komuniti Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) bagi membantu golongan masyarakat termasuk penggiat seni. 

"Kami akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Presiden Irama, Ayob Abdul Majid bagi tujuan ini. Kami akan memberikan dalam 40 hingga 50 kampit beras bergantung kepada kutipan untuk mereka agihkan kepada golongan sasaran. 

"ia adalah dari kuota satu pertiga dari peruntukan untuk OKU, warga emas, dan golongan-golongan lain," katanya. 

Bercerita lanjut mengenai SBSK, Ishak berkata, biasanya setiap tahun akan dibuat pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan. 

"Kami akan buat kutipan sampai Hari Raya. Tapi selepas itu jika ada orang nak bagi, kami akan teruskan kutipan kerana program ini berlangsung selama 12 bulan. 

"Cuma kami riuhkan kerana kita dah masuk Rejab kemudian Syaaban dan selepas itu Ramadan. Setiap bulan Insaf Malaysia ada program termasuk bulan puasa dimana ada program berbuka puasa, bubur lambuk dan pelbagai lagi. 

"Sebelum Pandemik kalendar aktiviti kami rancak dimana 99.9 peratus adalah berkaitan kerja kebajikan. Ia merangkumi 40-45 peratus sekolah dan 20-25 peratus Orang Asal," kata Ishak


Comments