KUALA LUMPUR, 24 Januari 2025 - Dalam keterujaan menyambut tibanya Bulan Suci Ramadhan yang dinantikan, janganlah kita alpa untuk memanjatkan Doa tanda Syukur Kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita semua dapat bersua kembali bagi bersama-sama meraikan kedatangan bulan Ramadhan pada tahun ini dengan penuh keikhlasan disamping berkongsi rezeki dengan yang memerlukan.
Bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan yang bukan sahaja mengajar kita mengenal erti kesabaran, kesaksamaan, kesederhanaan malah saling bermaafan di antara satu sama lain seikhlas hati selain berkumpul untuk beribadat disamping menikmati juadah Iftar bersama-sama.
Bufet Ramadan di TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur akan bermula dari 2hb Mac 2025 sehingga 30hb Mac 2025 dengan bertemakan ‘RAMADHAN EXTRAVAGANZA’ yang menyajikan lebih 172 pilihan hidangan juadah berbuka puasa disediakan khas untuk para pengunjung bertempat di Restoran pilihan ramai tidak lain tidak bukan di Restoran Suasana@27 di aras 27, TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur.
Chef Eksekutif, Azizul Bin Mohd Noor berkata, “Di atas permintaan ramai menu hidangan makanan Masakan Warisan Tradisi Melayu dikekalkan kerana ianya sinonim dengan selera rakyat Malaysia, menu utama kami yang menjadi buah mulut ramai pengunjung seperti ‘Nasi Kambing Tagine Dulang Besar’, Sup Gear Box dan Gulai Daging Batang Pisang. Untuk kelainan Ramadhan tahun ini, para tetamu akan disajikan juga menu baru Sup Kepala Ikanselain menu hidangan masakan Antarabangsa. Setiap Enam Belas (16) buah gerai menyediakan kepelbagaian pilihan menu yang mempunyai ceritanya sendiri sepertimana konsep pada tahun ini iaitu “RAMADHAN EXTRAVAGANZA’ kalau ingin tahu dan merasainya, cepat lah membuat tempahan sebelum penuh” tambahnya lagi.
Para tetamu akan disajikan dengan Pilihan Kerabu, Ulam-ulaman, Sambal Kampung dan Salad. Pilihan Hidangan Utama seperti Ayam Rendang Pedas, Patin Gulai Tempoyak, Kari Sotong ‘ala utara’, Stir-fried Chili Prawn, Daging Salai Masak Lemak, Paru Goreng Sambal Bawang, Pajeri Nenas ‘Ala Kampung’ dan Masakan Lemak Putih Pucuk Ubi bersama Keledek.
‘Tidak ketinggalan juga menu pilihan di enam belas (16) gerai seperti Laksa Penang, Rojak Pasembur, GorengGorengan, Satay Ayam dan Satay Daging, Murtabak dan Roti John, Western Corner yang menyediakan Pasta, Mushroom Soup, 2 types of pizza, Chicken Shawarma dan Roasted Whole Lamb, lkan Bakar, Mee Goreng Mamak dan gerai Donut dengan pilihan Cinamon sugar, Chocolate, White Chocolate dan Strawberry Donut.
Pencuci Mulut juga tidak dilupakan seperti potongan Buah-Buahan Tempatan, Kurma, Dried Fruit, Assorted Nuts, 10 pilihan Kuih Melayu, Sagu Gula Melaka, Pulut Manga, Pulut Durian, Assorted Slice Cake, Jelly & Puding, 2 pilihan Kek, Pavlova, Assorted Tart, Mini Chocolate Mud, Cheese Cake, Caramel Fruit Cake, Swiss Roll, Mille Feuille, Cream Puff, Eclair, Panna Cotta, Mango Mousse, Strawberry Mouse, Cream Yogurt Strawberry, & Tropical Whole Fruit.
Selain daripada itu, Gerai Biskut Balang yang menyediakan enam (6) jenis Biskut Kampung, Gerai ABC, Cendol dan Ais Krim, Buko Pandan, Pengat Nangka, Bubur Pulut Hitam, Bubur Gandum & Gerai Air Balang, Teh Tarik dan Kopi Kampung.
Bagi yang menginginkan suasana yang lebih peribadi atau mahu mengubah rasa ke arah Western anda boleh memilih untuk membuat tempahan di Restoran Eksklusif kami di TAMU Sky Lounge, di Aras 40 dan Sky View, Aras 42. Rasailah keenakan Daging Wagyu Halalyang ‘Juicy and Melt in the Mouth’ pastinya membuka selerg pada setiap tetamu yang menikmatinya sambil bertemankan pemandangan menarik di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
Baucar Awal Ramadhan telah dibuka untuk jualan dari sekarang sehingga minggu pertama Ramadhan dengan kos RM99+ untuk seorang. Bagi pengunjung yang datang singgah terus untuk Iftar tanpa tempahan daripada 2hb Mac 2025 sehingga 30hb Mac 2025, kos sebanyak RMI169+ untuk seorang akan di kenakan. Namun, di sarankan untuk membuat tempahan awal bagi mendapatkan tempat khas untuk anda.
TAMU HOTEL & SUITES KUALA LUMPUR
120, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50500 Kuala Lumpur
#RamadhanExtravaganza
#BuffetRamadhan2025
#TamuHotelAndSuiteKL
Comments
Post a Comment