PERTAMA KALI KONSERT KASI GEGAR: GABUNGKAN DUA KUMPULAN GERGASI, CROMOK vs AMUK DALAM SATU PENTAS


KONSERT KASI GEGAR: GABUNGKAN DUA KUMPULAN GERGASI, CROMOK vS AMUK DI ATAS SATU PENTAS






Kuala Lumpur, 27 Januari 2025: Nama Cromok dan Amuk bukan lagi asing kepada peminat genre rock tanah air. Cromok yang ditubuhkan pada 1987 dikenali sebagai perintis muzik thrash metal Malaysia.



Manakala Amuk yang ditubuhkan pada 1998 menggemparkan industri muzik negara apabila tampil membawakan genre rock + metal. Kedua-dua kumpulan ini mencuri hati peminat dengan kombinasi muzik hebat dan rangkaian lagu malar segar yang kekal diminati sehingga kini.

Apa akan berlaku apabila dua kumpulan hebat ini digandingkan di atas satu pentas? Bukan lagi igauan apabila YNS Event Management menganjurkan Konsert Kasi Gegar!
Cromok vs Amuk yang akan berlangsung di N9 Arena Nilai, Negeri Sembilan pada Sabtu, 26 April 2025, jam 9 malam.



Pengarah Eksekutif YNS Event Management, Encik Mohd Agmeer Hj Farouke berkata, konsert ini melakar sejarah tersendiri iaitu pertama kali menggabungkan Cromok dan Amuk, serta pertama kali berlangsung di N9 Arena, Nilai. Bangunan N9 Arena ini didirikan sejak 2004. Nama dahulunya ialah Stadium Tertutup Nilai. 

"Kita belum pernah melihat dua kumpulan hebat ini digandingkan dalam satu konsert besar sebelum ini. Buat julung kalinya mereka akan beraksi di atas satu pentas dan peminat perlu hadir menonton nanti.

"Selain itu, Konsert Kasi Gegar! Cromok vs Amuk juga adalah persembahan pertama yang diadakan di sini selepas menjalani penambahbaikan dan dinaik taraf bukan sahaja venue untuk acara-acara sukan bahkan juga sebagai venue konsert.

"Sebelum ini ia dikenali sebagai Stadium Tertutup Nilai yang dibina khas sempena Sukan Malaysia (Sukma) ke-10 pada 2004 dan kini dikenali sebagai N9 Arena, Nilai. Pelbagai acara akan diadakan di sini termasuk konsert," katanya. Menurutnya, gandingan ini pasti ditunggu-tunggu peminat 1 memandangkan Cromok dan Amuk mempunyai katalog lagu-lagu popular yang dekat di hati mereka.

"Kami sangat puashati dengan kerjasama yang diberikan mereka. Peminat sudah lama menantikan dan impian mereka kini sudah tertunai. "N9 Arena, Nilai menanti mereka dan menjanjikan satu acara hebat yang akan dikenang oleh semua yang hadir nanti," katanya. Bandi berkata, sejak dahulu lagi gandingan Amuk dengan Cromok sudah terlintas di "Peminat dah tanya benda ini dari dulu lagi. Jadi saya rasa ini satu peluang yang baik.

Kumpulan Amuk

Sebenarnya YNS Event Management mulanya hubungi saya untuk buat konsert Amuk di sini. "Saya cadangkan mengapa tidak kita buat konsert Cromok Vs Amuk. Mereka pun terus bersetuju sebab saya rasa memang dari dulu pun banyak peminat yang bertanyakan tentang ini. Dalam album pertama Amuk, Tanpa Prejudis, ada sekitar enam atau tujah lagu Cromok dirakam semula dalam versi Melayu. Jadi peminat nak tengok kolaborasi saya dengan Sam (vokalis Cromok)," Katanya.

Bandi berkata, banyak yang sudah dirancang dengan Karl @ Anuar (pemain gitar Cromok) dan Karl @ Anuar bersetuju. "Untuk Amuk, saya mungkin akan ambil seorang lagi pemain gitar dinamakan Metal Bugis yang akan bergandingan Metal Jawa, Din Taring dan Budu Siam.



Cromok

"Saya nak dapat satu sound (bunyi) yang agak ke depan. Bukan nak berlawan dengan Cromok Kami nak hidangkan satu benda yang orang tak boleh lupa. Nak orang nampak gandingan kami best.

"Akan ada lagu penutup dimana saya akan menyanyi versi Melayu dan Sam versi Inggeris lagu
Cromok. la gabungan unik. Amuk pun jarang bermain satu band," katanya.

Baginya, N9 Arena, Nilai satu lokasi yang strategik, selain terletak tidak jauh dari Kuala Lumpur. "Terdapat banyak kemudahan di sini. Tempat letak kereta yang luas dan surau. Semuanya lengkap." katanya. Karl @ Anuar pula berkata. Cromok tidak pernah terfikir untuk bergandingan dengan Amuk walaupun ada permintaan peminat sebelum ini.

"Kali ini in menjadi sebab Bandi hubungi saya. Kami setuju kerana kami dah main dengan XPDC, dengan A.C.A.B, Hillary dan Man Kidal dan kini bersama Amuk. "Saya rasa kolaborasi begini menarik kepada peminat. Bayangkan Sam berduet dengan Bandi dalam satu lagu, Itu yang orang nak tengok.

"Konsert pertama sebagai pembuka tirai 2025 untuk Cromok dan pembuka tirai untuk N9
Arena, Nilai. Cromok dan Amuk adalah kumpulan pertama beraksi di situ selepas dibaik pulih dan dibuka," katanya. Karl @ Anuar berkata, mengambil kira faktor ini, konsert ini perlu dibuat dengan hebat dan penuh gempak.

"Kena buat bagi gempak. Untuk yang pertama kalau tak gempak, tak bestlah. Cromok ada persembahan sendiri dan Amuk juga sama.
"Cuma yang menariknya samada kita akan mainkan lagu-lagu Amuk, belum dibincangkan lagi.
Gandingan ini takkan berulang. Cromok takkan ulangi konsep yang sama untuk yang seterusnya," katanya. Karl @ Anuar mengharapkan peminat hadir beramai-ramai kerana ada lagu Cromok yang tiada lirik, diberikan lirik dimana dia akan mainkan.
"Venue ini mampu memuatkan peminat dalam kapasiti besar. Dua band beraksi dengan harga tiket pun dikira murah. Kalau di KL memang susah nak dapat harga bawah RM120.

"Harga begini supaya ramai datang menonton termasuk dari Johor dan Melaka. Lokasi yang bagus dan tidak jauh dari Kuala Lumpur. Tiada masalah pun, cuma orang nak pergi atau tidak," katanya.






Tiket untuk menonton konsert ini berharga RM118 (Cat 1 berdiri), RM218 (Cat 2 duduk), RM158 (Cat duduk), RM248 (VIP duduk), RM388 (VVIP duduk), RM488 (GS).





Tiket mula dijual sejak 24 Januari 2025, jam 3 petang dan boleh dibeli menerusi n9arena.ubertickets.asia.

Keterangan lanjut boleh diperolehi menerusi laman sesawang N9ARENA.UBERTICKETS.ASIA

Comments