RABBANI & RADIUS WORLDWIDE TRAVEL AND TOURS SDN BHD LANCAR PAKEJ UMRAH AWAL RAMADAN
Majlis perasmian & pelancaran pakej Awal Ramadan bersama Kumpulan Rabbani telah diadakan pada 16 Disember 2024 di Hotel Maya Kuala Lumpur. Syarikat Radius Worldwide Travel & Tours Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada 2023 telah berjaya menambat hati kumpulan Rabbani untuk bekerjasama merealisasikan impian mengadakan Pakej Umrah Awal Ramadan untuk tahun 2025.
Mereka bukan sahaja menyediakan pakej awal ramadan tetapi jadual padat menanti bagi sesiapa yang ingin menunaikan umrah untuk tarikh yang di luar bulan Ramadan.
Walaupun baru setahun jagung penubuhan syarikat Radius Worldwide Travel & Tours Sdn Bhd. Pencapaian mereka agak membanggakan. Beribu pejabat di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, kini memiliki beberapa cawangan lain seperti di Bangi, Selangor. Ianya dimiliki sepenuhnya oleh seorang ahli perniagaan berjaya yang berasal dari Baling, Kedah aitu Ybhg Dato Abd Muin b. Abd Rahman.
Dato’ Abd Muin Bin Abd Rahman, Pengasas Radius Worldwide Travel&Tours Sdn Bhd
Syarikat ini ditubuhkan atas dasar ingin sama sama merancakkan perkembangan industri pelancongan dalam dan luar negara. Pencapaian cemerlang dan kepimpinan pemilik syarikat ini dalam pelbagai cabang perniagaan terutama pembuatan & pengilangan produk kecantikan, kosmetik dan kesihatan selama lebih 25 tahun merupakan nadi kekuatan Radius Worldwide Travel & Tours untuk tampil dengan tersusun supaya mampu berada sebaris dengan peneraju industri yang sudah lama bertapak di pasaran.
Menurut pengasasnya, pada mulanya beliau hanya berniat untuk membawa jemaah yang kurang berkemampuan secara percuma setelah mendengar keluhan orang kampung yang menyatakan bahawa kos menunaikan umrah semakin mahal. Allah permudahkan dengan menemukan orang yang layak menjadi pengurus syarikatnya iaitu Ustaz dan mutawif yang memiliki pengalaman bertahun tahun di dalam pengurusan jemaah ke tanah suci.
Bermula Oktober 2024 ini, syarikat mula mengorak langkah untuk menawarkan pelbagai pakej umrah dan juga percutian yang menarik. Penggerak utama Radius World Wide Travel & Tour terdiri daripada kakitangan dan pasukan yang berpengalaman luas dalam industri umrah dan pelancongan. Kebanyakan mereka merupakan Pemimpin & Mutawif yang sudah lebih puluhan tahun berpengalaman untuk menyantuni jemaah umrah dan pakej percutian.
Majlis sidang media dan pelancaran Radius World Wide Travel & Tour ini juga sekaligus sebagai pengumuman perlantikan kesemua anggota kumpulan Rabbani sebagai Duta dan rakan Kerjasama strategik bagi menyantuni tetamu Allah SWT untuk menunaikan Umrah bagi sesi 2025. Semoga dengan kerjasama ini dapat memberi semangat dan kekuatan kepada team Radius Worldwide Travel & Tour dan kumpulan Rabbani sendiri menyantuni peminat dan orang ramai menunaikan ibadah umrah dan ziarah sambil menikmati alunan zikir dan selawat sepanjang perjalanan lawatan dengan lagu lagu sejarah di Mekah dan Madinah.
Pemilihan kumpulan Rabbani sebagai Duta dan rakan kerjasama Radius World Wide Travel & Tour adalah berdasarkan pengalaman luas kumpulan Rabbani melebarkan sayap mereka dalam bidang hiburan mendidik jiwa ini sehingga mendapat sambutan di dalam dan luar negara juga terhada percapaian mereka dalam program anugerah yang berprestij. Semoga kolaborasi ini memberi suntikan dan semangat kepada peminat dan orang ramai berusaha menunaikan ibadah umrah walaupun sekali dalam hidup mereka dan mengambil peluang menginsafi diri kita sebagai hambanya dan mencari keredhaannya.
PAKEJ UMRAH SAMBUT RAMADAN BERSAMA RABBANI bermula 21 Feb hingga 4 Mac 2025. pakej 12 hari ini merangkumi perjalanan Umrah ziarah dan jemaah akan merasai 3 hari pertama Ramadan di bumi Madinah iaitu pada 3 hari terakhir keberadaan jemaah umrah sebelum pulang ke tanah air Malaysia.
Dalam masa yang sama, majlis pada hari ini turut mewarwarkan program wakil jualan pakej umrah Radius Worldwide Travel. Melalui program istimewa ini, pihak Radius Worlwide Travel membuka peluang kepada individu individu yang berminat menjadi wakil jualan. Setiap wakil jualan akan dibimbing dengan bantuan dari sudut pengetahuan tentang industri umrah dan pelancongan sehingga mampu mendapat pendapatan tambahan dari mempromosikan pakej pakej umrah yang mereka tawarkan.
Menurut ketua kumpulan Rabbani, Azadan berkata selain daripada mempunyai modal kewangan yang kukuh, syarikat ini dipilih kerana tiada rekod menipu jemaah dan pengalaman luas pengurus yang menguruskan jemaah amat meyakinkan beliau dengan masa depan syarikat ini. Selain itu tambahnya lagi ‘Umrah adalah satu perjuangan’ kerana ianya satu ibadah dan bukanlah faktor keuntungan dari segi hasil jualan dan sebagainya sahaja. Servis yang diberikan serta membentuk mutawif yang berkualiti juga dititikberatkan.
Azadan mempunyai jadual yang padat pada Ramadan akan datang ini kerana beliau juga telah dilamar untuk bekerjasama dengan sebuah lokasi berbuka puasa sepanjang Ramadan.
Diharapkan segala usaha murni mereka bagi membawa lebih ramai jemaah dengan pakej harga mampu milik ke tanah suci bagi menunaikan umrah diberkati dan dirahmati Allah serta menjadi ikutan syarikat yang lain.
Comments
Post a Comment