TURKISH AIRLINES KL TOWER INTERNATIONAL TOWERTHON 2024 KEMBALI BERI PELUANG PESERTA PECAHKAN REKOD BARU
TURKISH AIRLINES KL TOWER INTERNATIONAL TOWERTHON 2024 KEMBALI BERI PELUANG PESERTA PECAHKAN REKOD BARU
Kuala Lumpur, 14 November 2024: Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. dengan bangganya membawakan kembali acara sukan menguji ketahanan yang dinanti-nantikan oleh penggemar sukan larian anak tangga, Turkish Airlines KL Tower International Towerthon Challenge 2024 (KLTITC24). Tahun ini, peserta akan memecahkan rekod baharu iaitu sebanyak 1,608 anak tangga pada ketinggian 292 meter iaitu di Pelantar Pemandangan Tertutup (Observation Deck), THO4.
Dengan tawaran hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM80,000.00, acara ini dijangka menarik penyertaan penggemar sukan mendaki anak tangga bagi peserta tempatan dan antarabangsa yang bersemangat untuk menguji ketahanan dan mencabar diri mereka. Kini, KLTITC24 yang memasuki edisi ke-22, bakal membangkitkan momentum para peserta di mana rekod baharu bakal tercipta, dan para peserta dapat bersama-sama meraikan kejayaan terbaharu mereka pada tahun ini.
“Acara Turkish Airlines KL Tower International Towerthon Challenge tahun ini membawa maksud yang istimewa kerana kami meraikan ulang tahun ke-28,” kata Encik Nazli bin Saad, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd.
Sorotan Acara untuk tahun 2024: Rakan penaja utama: Turkish Airlines, jenama penerbangan global yang terkemuka, sekali lagi kembali pada tahun ini sebagai rakan penaja utama, buat kali ketiga akan mengukuhkan lagi kedudukan acara KLTITC24 di pentas antarabangsa.
Mencipta rekod baharu: Peserta akan mendaki sebanyak 1,608 anak tangga yang belum pernah dicapai sebelum ini, menuju ketinggian 292 meter dari aras tanah. Ketinggian baharu ini menawarkan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur yang lebih unik dan menarik.
Hadiah dan Pengiktirafan: 100 peserta terbaik dalam setiap enam kategori akan menerima tshirt FINISHER istimewa, di samping hadiah eksklusif lain daripada rakan penaja acara KLTITC24.
Maklumat Pendaftaran: Para peserta yang ingin menyertai acara KLTITC24 ini, boleh melayari portal rasmi di https: v2.checkpoints:ot.asia event KL-Tower-Run-24. Yuran penyertaan adalah seperti berikut:
Penaja dan Rakan Acara
Acara KLTITC24 tahun ini dijayakan dengan sokongan para penaja dan rakan acara. Turkish Airlines sekali lagi kembali sebagai penaja utama, dengan kerjasama tambahan daripada Kementerian Belia & Sukan, Tourism Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Selain itu, rakan acara lain yang turut menyokong adalah DEI Global, Syauqi Excellent, O'Briens Irish Sandwich Cafe Malaysia, PRIME Sports Malaysia, 100Plus Malaysia, Borneo Springs, N8 Sports Nutrition, KP) Ampang Puteri Specialist Hospital, Travel 88, WW Travel, Travelvago, Tourland Travel Malaysia, Yen Travel and Tours Sdn. Bhd., Asian Trails, FAMA, Nestle Milo, Nestle Ice Cream, Nestle Kitkat, Bon Sport Fragrance, Checkpoint Spot Sdn. Bhd., dan Malaysian Towerrunning Association.
Rakan hotel yang menyokong acara ini termasuk Hotel Indigo Kuala Lumpur on the Park, dan Hotel Crown Regency.
Encik Nazli menekankan peranan acara yang lebih luas dalam memupuk penglibatan masyarakat. “Di sebalik cabaran fizikainya, acara ini meraikan dan menyatukan orang ramai yang berkongsi minat yang sama daripada pelbagai latar belakang. Kami teruja untuk melihat pencapaian luar biasa yang akan dibawa oleh peserta Towerthon tahun ini.”
Memperkukuh Profil Pelancongan Malaysia
Acara KLTITC24 ini selaras dengan matlamat Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. untuk mempromosikan gaya hidup aktif dan menyerlahkan lagi mercu tanda utama Malaysia di peringkat antarabangsa. Dirancang dengan strategi yang tepat, KLTITC24 kali ini dapat meningkatkan profil Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. sebagai pusat pelancongan yang wajib dilawati dan meletakkan Malaysia sebagai salah satu pusat pelancongan utama di Asia Tenggara. Melalui kerjasama bersama Turkish Airlines, Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. berhasrat untuk memperluaskan lagi nama dan jenamanya di peringkat global dan pada masa yang sama menarik penyertaan dari pelbagai lapisan masyarakat.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan acara di Menara Kuala Lumpur, sila hubungi talian khidmat pelangan di +603-2020 5421 atau layari media sosial rasmi kami @menaraki di Facebook, Instagram, dan TikTok, dan laman sesawang kitower.com.my .
Comments
Post a Comment