6 Yards Of Beauty (Sari) Batik - Bkay Nair Terus Raikan Dan Angkat Warisan Tekstil
KUALA LUMPUR: Sinonim dengan usaha memartabatkan warisan tekstil negara, selebrti Bkay Nair sekali lagi tampil menggabungkan elemen menarik dalam pakaian tradisonal masyarakat majmuk di negara ini.
Sempena dengan pertunjukan fesyen Malaysian Heritage Showcase 2024 (MHS2024) yang bakal berlangsung bulan depan, Bkay memperkenalkan pakaian tradisional kaum India iaitu sari yang dihasilkan dari tekstil batik.
"Ini kelainan yang kami bawakan pada tahun ini yang dijadualkan pada 23 November depan, di mana antara yang menjadi fokus utama ialah 6 Yards of Beuaty di mana pakaian sari dari tekstil batik iaitu antara warisan dan identiti negara kita.
"Lebih menarik saya dalam usaha mendapatkan hasil tangan batik daripada banduan di penjara negara ini sebagai sokongan dan tarikan pada kali ini memandangkan mereka turut mengasilkan batik yang sangat tinggi nilai seninya," katanya pada sesi sidang media di Bungalow 37 di sini.
Dia berkata, pemilihan batik pada pertunjukan anjuran Bkay Nair Resources dengan sokongan Persatuan Pembangunan Pernigaan Fesyen Malaysia (PPPFM) kali ini, menampilkan batik sebagai tekstil yang mampu menghasilkan pelbagai jenis dan potongan fesyen mengikut kreativiti pereka.
Lebih dari itu, Bkay yang pernah membintangi filem Ratu The Movie berkata usaha memperkenalkan batik ke pentas lebih komersial ini mampu menjana pendapatan mereka yang terlibat dalam industri ini.
"MHS2024 juga bakal mengiktiraf dan menyediakan Anugerah Pereka Terbaik yang mula diperkenalkan sejak tahun lalu dalam menghargai usah pereka terbabit mengangkat warisan tekstil tempatan.
"Kami turut mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dalam penganjuran kali ini yang mendapat penyertaan daripada pereka tempatan.
"Selain sari, pereka juga bakal menampilkan pelbagai rekaan menggunakan tekstil batik seperti baju dan gaun yang boleh digayakan dalam majlis khas mahupun untuk tujuan komersial dalam meraikan tradisi tempatan," katanya.
Sementara itu, Bkay yang juga presiden PPPFM berkata, dirinta gembira dan bersyukur akhirnya sebuah persatuan untuk peniaga fesyen dinegara ini Berjaya ditubuhkan sekaligus memberikan amanah kepada dirinya untuk mengetuainya.
"Saya menghargai sokongan dan kepercayaan yang diberikan dan akan berusaha melakukan yang terbaik dalam usaha memastikan industri fesyen di negara ini terus berkembang.
"Pelbagai agenda juga sudah diatur termasuk bengkel dan sesi perbincangan bagi mengeratkan hubungan sesama pemain industri dalam bidang berkaitan serta mencari peluang menjalinkan usaha sama," katanya.
ABOUT MS BKAY NAIR
Ms. Bkay Nair, a former actress, model, and lawyer, now leads Bkay Nair Resources, a distinguished corporate training provider with over 12 years of experience in enhancing professional development. As the president of Persatuan Pembangunan Perniagaan Fesyen Malaysia, Ms. Bkay Nair is at the forefront of promoting fashion entrepreneurship. She spearheads industry-focused events, workshops, and showcases that highlight Malaysia's rich heritage while driving innovation and growth in the fashion sector.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Bkay_Nair
BACKGROUND of PERSATUAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN FESYEN MALAYSIA
The Persatuan Pembangunan Perniagaan Fesyen Malaysia (PEFEM) is dedicated to advancing Malaysia's fashion industry by blending tradition and innovation. It supports emerging designers, promotes eco-friendly practices, and encourages sustainable production methods, making the industry more competitive globally. PEFEM also highlights Malaysia's unique fashion heritage through collaborations with local and international partners, ensuring global recognition. Through events, workshops, and educational initiatives, PEFEM empowers fashion professionals while preserving Malaysia’s cultural identity.
ABOUT MALAYSIAN HERITAGE SHOWCASE
The Malaysian Heritage Showcase (MHS) is a prestigious event focused on preserving and celebrating the artistry of Malaysia's traditional textiles, with a special emphasis on Batik. This event serves as a platform for local artisans to showcase their masterful craftsmanship, reflecting Malaysia’s rich cultural heritage. MHS 2024 will feature immersive workshops, fashion shows, and curated exhibitions to foster cultural exchange, elevate Malaysia's vibrant textile traditions on the global stage, and promote sustainable, eco-friendly practices within the fashion industry. The showcase aims to bridge tradition with modernity, ensuring the longevity and global appreciation of Malaysian textile art.
Comments
Post a Comment