Trio Popular Indonesia ‘TBA’ Bakal Mengadakan Persembahan Di Malaysia
Peminat kumpulan Trio popular Indonesia, TBA yang dahulunya dikenali sebagai Coboy Junior dan CJR pastinya gembira dengan berita bahawa buat julung kalinya trio ini bakal beraksi di Malaysia.
Mereka yang popular menerusi lagu u-uh bakal menemui peminat pada Konsert sulung mereka di Zepp KL 29 November ini.
Kehadiran TBA yang dianggotai Teuku Ryzki, Bastian Steel dan Alvaro Maldini dibawakan oleh gandingan penganjur Ikarl Project dari Malaysia dan Evb Group dari Singapore serta mendapat sokongan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (Irama), manakala Emina Cosmetic Malaysia pula selaku penaja.
Trio ini meniti populariti menerusi genre pop dan persembahan bertenaga ketika dikenali sebagai Coboy Junior dengan anggotanya Ryzki, Iqbaal, Bastian dan Aldi.
Mereka popular dengan lagu seperti Kamu pada 2011, Eeaaa (2012) dan Kenapa Mengapa (2012).
Dari kiri: Ali Najib - Pengarah Urusan EVB Group, Ayub Abd Majid - Pengerusi Irama Ikarl Projek, Teuku Ryzki - Penyanyi Kumpulan TBA, Mohd Syaffiq Sahli - Penyanyi dan pelakon, Achmed Rauff - Pengarah Urusan Ubertickets
Penganjur berkata, mereka meletakkan keyakinan yang tinggi bahawa peminat akan disajikan dengan persembahan hebat, bertenaga dan dinamik daripada TBA.
"Kami sememangnya teliti dalam pemilihan artis untuk dibawa ke Malaysia. TBA adalah pilihan yang tepat memandangkan mereka mempunyai kualiti persembahan yang bermutu dan hebat.
"Menerusi konsert ini nanti, TBA akan mempersembahkan koleksi lagu-lagu hit serta beberapa lagu baru yang belum pernah didendangkan sebelum ini.
"Peminat akan dihiburkan dengan persembahan yang memukau, menjadikan malam itu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan," katanya.
Istimewanya hari ini penganjur menerbangkan khas Teuku Ryzki dari Indonesia untuk sesi ramah mesra dan temubual bersama media Malaysia. Beliau sangat mesra dan menjanjikan persembahan yang terbaik oleh TBA pada November nanti.
Selain TBA peminat juga akan disajikan dengan persembahan UN1TY dan artis tempatan, Syaffiq Sahli.
Pada awalnya, penganjur memilih Amir Hariz yang popular menerusi lagu Peluang Kedua untuk ditampilkan dalam konsert ini. Poster juga sudah dikeluarkan.
Bagaimanapun kesilapannya memuatkan aktiviti membuang kucing menerusi TikTok membuatkan dia menerima kecaman daripada peminat dan Persatuan Pencinta Kucing. Kesan daripada kecaman ini turut terkena tempiasnya pada TBA sehingga ada peminat mengecam mereka kerana memilih Amir Hariz.
Justeru keputusan muktamad diputuskan penganjur dengan mengugurkan Amir Hariz dan menggantikannya dengan Syaffiq Sahli.
Maklumat mengenai pembelian tiket untuk menonton Konsert TBa didapati di evb.ubertickets.asia.
Berikut merupakan senarai pemilihan harga tiket;
Kuning - Free Standing : MYR 220.48
Biru lembut- Premium Seat : MYR 278.48
Biru tua - Normal Seat : MYR 199.28
Biru - VIP Box : MYR3,891.64
Comments
Post a Comment