TP-LINK DAN UNIVERSITI MALAYA LANCAR RANGKAIAN KAMPUS BERTEKNOLOGI WI-FI 7 PERTAMA DI MALAYSIA

TP-LINK DAN UNIVERSITI MALAYA LANCAR RANGKAIAN KAMPUS BERTEKNOLOGI WI-FI 7 PERTAMA DI MALAYSIA


 KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2024 – TP-Link Malaysia dan Universiti Malaya (UM) telah bekerjasama untuk memperkenalkan rangkaian Wi-Fi 7 berkuasa kecerdasan pintar (AI) yang pertama di negara ini, yang akan menambah kecekapan pelajar dan kakitangan dalam berhubung di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FCSIT). Langkah inovatif ini menjadikan UM sebagai universiti awam pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi Wi-Fi 7 terkini, menawarkan kelajuan yang sangat pantas, keselamatan yang dipertingkatkan, dan sambungan tanpa gangguan, sekali gus menetapkan penanda aras baru untuk pembelajaran dan penyelidikan digital di kampus.

Memorandum Persetujuan (MoA) antara TP-Link dan Universiti Malaya menandakan permulaan inisiatif untuk melaksanakan sistem Wi-Fi terkini yang dikuasakan oleh AI. Rangkaian pintar ini akan meningkatkan prestasi dan keselamatan, memastikan pengalaman dalam talian yang lancar untuk semua pelajar dan kakitangan di kampus. Dengan keupayaan menyesuaikan diri secara pintar mengikut keperluan pengguna, sistem ini akan menyediakan akses internet yang pantas dan boleh dipercayai kepada pelajar, pensyarah, dan penyelidik bila-bila masa diperlukan. Selain itu, sistem ini juga mampu bertindak balas secara automatik terhadap ancaman keselamatan serta memudahkan pengurusan rangkaian melalui papan pemuka berpusat yang intuitif, menjadikan sambungan lebih mudah dan cekap untuk semua.

TP-Link Malaysia akan melengkapi kawasan utama di FCSIT, termasuk Dewan Kuliah 1, Dewan Kuliah 2, dan makmal pembelajaran rangkaian dengan teknologi Wi-Fi 7. Teknologi tanpa wayar terkini tersebut bakal memberikan manfaat kepada lebih 750 pengguna di fakulti berkenaan, menjadikan UM universiti awam pertama di Malaysia dilengkapi dengan rangkaian berprestasi tinggi seperti ini. Projek terbabit bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran, di mana rangkaian ini mampu menguruskan trafik yang tinggi dan menawarkan sambungan yang konsisten di seluruh kampus.

Pengarah Serantau TP-Link Malaysia, Hugo Cai, berkata, “Kami berbangga dan teruja untuk bekerjasama dengan UM dalam meneroka penggunaan teknologi canggih seperti Wi-Fi 7 dan penyelesaian AI bersepadu. Projek ini merupakan langkah ke hadapan dalam memacu inovasi dan mempertingkatkan pengalaman digital di Malaysia, terutamanya dalam sektor pendidikan.”

Projek ini diketuai oleh Profesor Madya Dr. Ang Tan Fong, dengan sokongan pasukannya termasuk Prof. Ir. Dr. Chan Chee Seng dan Profesor Madya Dr. Ling Teck Chaw. Mereka bertanggungjawab memastikan pelaksanaan teknologi ini berjalan lancar serta menyokong matlamat digital UM dalam pendidikan.

"Melalui kerjasama ini, kami berharap TP-Link dapat membantu UM dengan menyediakan lebih banyak PoC (proof of concept) untuk menunjukkan bahawa produk mereka mampu memberikan liputan yang lebih baik kepada para pelajar. Kami juga telah berbincang dengan TP-Link mengenai kerjasama lanjut untuk menggunakan beberapa produk mereka sebagai PoC di kawasan lain di kampus UM, jadi kerjasama ini bukanlah terhad kepada fakulti ini sahaja," kata Prof. Ts. Dr. Nor Badrul Anuar bin Juma'at, ketua pegawai maklumat UM.

Kerjasama selama tiga tahun ini akan menyaksikan TP-Link menyediakan peralatan dan sokongan teknikal bernilai sehingga RM300,000. Setelah projek selesai, semua peralatan akan diserahkan kepada dan diuruskan oleh UM, mengukuhkan lagi komitmen universiti untuk melangkah ke arah memperkukuhkan infrastruktur digitalnya di masa hadapan.

Pelancaran projek ini mencerminkan dedikasi UM untuk menerima pakai teknologi canggih yang memacu kecemerlangan akademik dan menempatkan universiti terkemuka negara ini di barisan hadapan inovasi. Rangkaian Wi-Fi 7 berkuasa AI ini bukan sahaja akan meningkatkan akses internet, tetapi juga membolehkan pemantauan keselamatan yang lebih baik, pengurusan rangkaian yang lebih cekap, dan analitik data melalui teknologi AI.


About TP-Link Malaysia

TP-Link Malaysia is the world’s no. 1 WLAN provider for 14 consecutive years since 2010. Supplying networking products and solutions, TP-Link is dedicated to enhancing connectivity for homes and businesses across the nation. As part of TP-Link’s global network, it strives to deliver innovative technologies that simplify connectivity and empower users. With a diverse range of products, including routers, switches, and smart home devices, TP-Link Malaysia is committed to providing reliable, high-performance solutions that meet the ever-evolving demands of its customers. Its mission is to bridge the digital divide, ensuring seamless and secure internet access for everyone. For more information, visit www.tp-link.com.my.

About the Faculty of Computer Science and Information Technology, Universiti Malaya

The Faculty of Computer Science and Information Technology (FCSIT) at Universiti Malaya is a premier institution dedicated to advancing knowledge and research in the fields of computing and information technology. Established in 1994, FCSIT offers a comprehensive range of undergraduate and postgraduate programs designed to equip students with the skills and knowledge needed to thrive in the digital age. With a strong emphasis on innovation, research, and community engagement, the faculty collaborates with industry partners to develop cutting-edge technologies and solutions that address real-world challenges. Committed to fostering a dynamic learning environment, FCSIT prepares students to become leaders and pioneers in the rapidly evolving tech landscape. For more information, visit www.cs.um.edu.my.

Comments