SIAPA PEMINAT KRU? KINI KRU BERSAMA SONY MUSIC

Awas… gerak langkah mu! Siapa masih ingat dengan Kumpulan KRU ni? 


    Awas.. gerak langkah mu!

Pastinya rakyat Malaysia semua kenal dengan tiga beradik yang ligat menari dan menyanyi pada era awal 90 an. Mereka menggelarkan kumpulan mereka sebagai KRU. Waktu itu mereka menjadi fenomena kerana berjaya mengubah revolusi dunia muzik serantau, ahli kumpulan yang dianggotai oleh Norman Yusry dan Edry Abdul Halim ini pernah mencipta nama di Malaysia dan luar negara.

Ditubuhkan pada tahun 1992, KRU merupakan salah satu nama terkemuka dalam industri muzik tempatan. KRU telah mencipta pelbagai lagu hit yang menjadi ikonik di kalangan peminat.

Dengan kombinasi muzik pop, hip-hop, dan R&B, KRU bukan sahaja mencatat kejayaan dalam bidang
muzik tetapi juga dalam produksi filem dan perniagaan media. Mereka dikenali dengan album-album
yang laris, seperti "Generasi" dan "KRU," serta lagu-lagu popular seperti "Awas 1994" , "Ooh! La! La!
1996" dan banyak lagi. Begitu banyak lagu lagu yang menjadi kegilaan anak anak muda ketika itu.

Mereka juga telah melahirkan ramai bakat-bakat baharu yang bernaung di bawah syarikat mereka selain 
menghasilkan pelbagai lagu untuk ramai penyanyi serantau.



KRU juga telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan, menjadikan mereka salah satu
kumpulan yang paling berpengaruh dalam sejarah muzik Malaysia.

Kini setelah lebih 30 tahun berada dalam industri muzik tempatan, mereka kembali membuat kejutan saat 
mengumumkan kerjasama dengan syarikat gergasi muzik dan rakaman dunia, Sony Music Entertainment Malaysia.
Kolaborasi ini merupakan inisiatif pihak Sony Music Malaysia sendiri yang percaya kepada kehebatan,
komitmen serta kualiti kerja kumpulan KRU yang sudah bertahan lebih 30 tahun.

Secara tidak langsung, pengumuman ini juga memberitahu kepada para peminat muzik Melayu
serantau bahawa KRU kini bakal kembali dengan beberapa kejutan terbaharu yang diiringi sokongan
serta kerjasama daripada Sony Music Malaysia.
Kedua-dua pihak yakin bahawa kerjasama ini akan membuahkan pelbagai produk hiburan yang hebat
dan luar biasa.
Dengan komitmen terhadap inovasi dan kualiti, KRU juga berjanji untuk terus berusaha demi mencipta
karya yang relevan dan menghiburkan.
Nantikan aneka perkembangan terbaharu yang bakal diumumkan tidak lama lagi.


TENTANG SONY MUSIC ENTERTAINMENT

Di Sony Music Entertainment, kami menghormati perjalanan seni. Para pencipta kami membentuk
perubahan, budaya, komuniti dan sejarah. Kami telah memainkan peranan penting dalam sejarah
muzik. Perjalanan kami bermula dari menubuhkan syarikat rakaman muzik pertama sehingga
mencipta rakaman cakera padat. Kami telah membimbing ramai artis ikonik dalam dunia seni muzik
dan menerbit beberapa buah rakaman yang berpengaruh sepanjang zaman. Sony Music
Entertainment kini mempunyai lebih dari 100 cawangan syarikat di seluruh dunia untuk menyokong
pelbagai pencipta yang berbakat pada setiap peringkat serta di setiap pentas persembahan. Di
samping muzik, hiburan dan teknologi, kami juga membawa imaginasi, kepakaran kepada platform
dan model perniagaan yang baharu serta peluang untuk menembusi pasaran luar. Semua usaha ini
adalah untuk menyokong eksperimen, pengambilan risiko dan kemajuan komuniti kreatif. Sony Music
Entertainment telah menerapkan prinsip perkongsian yang mendalam, kepercayaan, punca yang
berasas bagi meningkatkan dan memperkuatkan masyarakat di seluruh dunia. Sony Music
Entertainment adalah sebahagian daripada keluarga global Sony. Pelajari lebih lanjut mengenai
pencipta dan label rekod kami sini.

Comments