JUARA ‘MENTOR’ PERTAMA ORA FIZA MEMPERSEMBAHKAN SINGLE PERTAMA ‘BANGUNLAH’ DI BAWAH SUPER RED RECORDS

JUARA ‘MENTOR’ PERTAMA ORA FIZA MEMPERSEMBAHKAN SINGLE PERTAMA ‘BANGUNLAH’ DI BAWAH SUPER RED RECORDS


KUALA LUMPUR, 10 September 2024 - Nama Ora Fiza mungkin sudah tidak asing lagi dalam industri muzik Malaysia. Dahulunya dikenali sebagai Pija Mentor, dia kini tampil dengan single pertama berjudul ‘Bangunlah’. Sebuah majlis pelancaran telah diadakan di Eclipse Cafe & Meal, di pusat membeli-belah Mitsui Shopping Park Lalaport, Kuala Lumpur hari ini bagi mengumumkan secara rasmi kehadiran Ora Fiza dengan naskah terbaharunya. Dihadiri barisan media perdana, media elektronik dan blogger serta rakan-rakan pempengaruh, majlis digamatkan dengan persembahan istimewa daripada Ora Fiza yang sememangnya dikenali sebagai seorang penyanyi berbakat dengan suara yang bertenaga. Majlis pelacancaran tersebut turut menyaksikan video muzik ‘Bangunlah’ ditayangkan secara langsung buat pertama kalinya kepada semua yang hadir.



Selepas hampir dua dekad dalam industri hiburan, Ora Fiza yang mula dikenali sebagai juara pertama program realiti ‘Mentor’ terbitan TV3 pada tahun 2005 di bawah bimbingan penyanyi legenda Datuk Zainalabidin, kini kembali dengan karya yang penuh bermakna. ‘Bangunlah’, telah digubah dan ditulis oleh John Jeeves dan Shazriq Azeman, merupakan sebuah lagu yang sarat dengan mesej kebangkitan dan kekuatan. Ia menggambarkan perjalanan hidup Ora Fiza yang penuh cabaran, tetapi tetap teguh dalam mengejar impian.

Ora Fiza menyatakan keterujaannya untuk pelancaran single terbaharunya itu, "Saya sangat gembira akhirnya dapat menghadiahkan 'Bangunlah' kepada peminat-peminat saya serta orang-orang penting yang sangat teguh menyokong kerjaya seni saya. Lagu ini mempunyai tempat yang istimewa di hati saya kerana ia adalah refleksi kepada perjalanan hidup saya yang penuh dengan jatuh bangun. Saya harap ia memberi inspirasi semua pendengar untuk terus maju dan mencapai potensi sebenar mereka."

‘Bangunlah’ adalah hasil kolaborasi pertama Ora Fiza dengan syarikat rakaman Super Red Records, menjadi tanda permulaan baharu dalam perjalanan seninya. Menurut Ora Fiza peluang merakamkan lagu ini diterimanya apabila beliau menemani adiknya, One Juicy, yang juga merupakan artis Super Red Records, ketika menandatangani kontrak dengan label tersebut. Pihak label tidak mengambil masa lama untuk mengiktiraf keistimewaan Ora Fiza dan seterusnya menawarkan kontrak kepadanya. Kini, kedua-dua adik-beradik ini sama-sama berada di bawah naungan Super Red Records, memperkukuhkan lagi kedudukan mereka dalam industri muzik tanah air.

Richard Chua, Pengasas Bersama Super Red Records, mengulas, “Bakat dan dedikasi Ora Fiza memang tidak boleh disangkal. Kami sangat teruja untuk melihat bagaimana beliau terus berkembang sebagai seorang artis. ‘Bangunlah’ adalah bukti keteguhan dan kreativiti beliau, dan kami yakin ia akan menyentuh hati para pendengar.”

‘Bangunlah’ sudah tersedia untuk penstriman dan muat turun di semua platform muzik digital utama, termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube Music, mulai 10 September.

 2024 di pautan https://bfan.link/bangunlah dan video muziknya boleh ditonton di pautan https://youtu.be/tHC2L0F651k.

Ikuti perkembangan terkini Ora Fiza dengan mengikutinya di akaun media sosial berikut:

Facebook: @orafizaofficial

Instagram: @orafizaofficial

Tiktok: @orafizaofficial Youtube: @orafizaSRR


 MENGENAI SUPER RED RECORDS

Super Red Records adalah label muzik terkemuka yang diasaskan atas prinsip inovasi, kecemerlangan seni, dan pembangunan bakat. Sejak penubuhannya, Super Red Records telah berdedikasi untuk menemui, memupuk, dan mempromosikan bakat muzik yang pelbagai merentasi pelbagai genre. Dengan komitmen yang kuat terhadap kualiti dan kreativiti, mereka berusaha untuk menghasilkan muzik yang dapat menghiburkan penonton di seluruh dunia.

Senarai artis mereka termasuk campuran bakat baru dan yang sudah terkenal, setiap satu membawa bunyi dan perspektif unik ke pentas muzik global. Mereka berbangga kerana dapat menyediakan persekitaran di mana artis dapat berkembang dan mengekspresikan kreativiti mereka dengan bebas, disokong oleh pasukan profesional yang berpengalaman dalam produksi muzik. Super Red Records telah memainkan peranan penting dalam melancarkan kerjaya beberapa artis yang berjaya, menyediakan mereka dengan sumber dan platform yang diperlukan untuk mencapai potensi penuh mereka.

Di Super Red Records, mereka percaya pada kuasa transformatif muzik dan kemampuannya untuk memberi inspirasi, menaikkan semangat, dan menyatukan orang. Misi mereka adalah untuk menyokong artis yang berkongsi visi ini dan untuk menyampaikan muzik yang memberikan kesan yang berkekalan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Super Red Records dan artis mereka, layari laman web mereka di http://www.superredrecords.com atau ikuti mereka di Facebook, Instagram, X, Tiktok dan Youtube:

Facebook: facebook.com/superredrecords

Instagram: @superredrecords X: @superredrecords

Tiktok: @superredrecords YouTube: Super Red Records

      


Comments