Domino’s Pizza Kembara 8 Negeri Sempena World Cheese Pizza

 


Malaysia terkenal dengan syurga makanan! Pelbagai pilihan menu boleh diperolehi di mana jua. Antara ‘favourite’ ialah pizza. Kerana cara makan yang mudah dan ringkas seiring dengan kepantasan masa terutamanya bagi yang bekerja. Kebanyakan mereka mahukan makanan yang cepat siap, mudah dimakan dan mengenyangkan. 

Adakah anda bersedia untuk menikmati pengalaman kulinari hebat dari serata dunia? Penggemar keju kini boleh menikmati pilihan keju terbaik dari rumah dengan pelancaran World Cheese Pizza terbaharu daripada Domino's Pizza Enterprises Ltd (Domino's) yang menawarkan lapan jenis keju premium dari seantero dunia! 

Sempena bulan Merdeka dan diikuti dengan sambutan Hari Malaysia, Domino's akan memulakan penjelajahan Kembara World Cheese yang akan mengunjungi Japan buah negeri. Jelajah tersebut yang bermula hari ini di Kuala Lumpur akan singgah ke Johor , Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Selangor dari sekarang sehingga Oktober 2024. Lebih 12,800 potongan piza akan diagihkan di sepanjang kembara ini bertujuan untuk menyebarkan keriangan dan kelazatan keju ke seluruh negara. 

World Cheese Pizza mengetengahkan kelazatan keju-keju terbaik dunia, dan disajikan dalam bentuk Quattro (Empat Suku) unik. Setiap suku piza membawakan kombinasi keju yang berbeza, memastikan pengalaman menjamu selera yang penuh dengan rasa nikmat. Dengan pilihan High Melt Cube, Cheddar Merah, Keju Mozarela, Keju Krim, Gouda, Emmental, Edam, dan Parmesan, piza ini menghasilkan ledakan cita rasa yang menambat seleradengan padanan sempurna adunan aneka keju ini. 

World Cheese Pizza juga menawarkan kerak keju ultra pertama di dunia, dengan lapisan asas Sos Krim Keju dan Keju Mozarela. Inovasi unik ini, yang hanya boleh didapati secara eksklusif di Domino's, menggabungkan dua jenis kerak dalam satu piza. Berintikan Mozzarella String Cheese, separuh daripadanya ditabur dengan High Melt Cube, manakala separuh lagi dilimpahi Keju Cheddar Merah, mencetus perbezaan rasa yang menarik dalam setiap potongan piza. 

Ringo Joannes, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau bagi Domino’s Malaysia, Singapura dan Kemboja berkata, “World Cheese Pizza kami adalah sajian terhebat untuk menambat selera penggemar piza. Menyedari betapa pelanggan kami menggemari keju, kami telah mendapatkan pilihan keju terbaik dari seluruh dunia untuk mencipta piza yang menawarkan cita rasa unik. Sebagai contoh, High Melt Cube mempunyai tekstur yang cair dan berkrim, manakala Cheddar Merah membawakan perisa yang masam dan tajam. Apabila digabungkan, keju-keju ini menghasilkan ledakan nikmat rasa yang tidak ditemui di mana-mana. Hasrat kami bukan untuk menyediakan piza yang rumit tetapi menyajikan ramuan yang memang digemari pelanggan kami seperti keju dan menambah baik hidangan untuk membawakan sesuatu yang istimewa. Langkah ini sejajar dengan janji Domino’s untuk ‘Memberikan Anda Lebih Lagi’.” 

“Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, dengan penduduk dari pelbagai budaya dan latar belakang hidup bersama dengan aman damai. World Cheese Pizza, dengan aneka rasa, sesungguhnya melambangkan kepelbagaian Malaysia. Pelancaran ini memang tepat pada masanya kerana kita memasuki bulan kemerdekaanerdeka. Kembara World Cheese bertujuan menyatukan hati peminat piza di seluruh Malaysia sambil memenuhi minat mereka terhadap sajian lazat ini. Dalam kembara tersebut, para penggemar keju boleh mencuba World Cheese Pizza secara percuma. Kami teruja untuk memulakan kembara pertama kami di lapan buah negeri dan tidak sabar untuk menemui peminat piza kami,” sambung Ringo. 




Sebagai pencuci mulut untuk melengkapi sajian piza yang lazat ini, Domino's juga teruja untuk memperkenalkan Blueberry Pizza Fold yang terbaharu. Hidangan lazat ini, yang diperbuat daripada doh piza keemasan, menggunakan krim keju Hokkaido lazat dan inti blueberi manis dan masam, membawakan keseimbangan cita rasa yang sempurna. 

Kedua-dua World Cheese Pizza dan Blueberry Pizza Fold boleh didapati di semua Cawangan Domino’s Pizza untuk tempoh terhad mulai 13 Ogos 2024. Kunjungi cawangan Domino’s terdekat anda atau pesan dalam talian di www.dominos.com.m atau menerusi Aplikasi Domino’s. Untuk maklumat lanjut tentang menu ini dan promosi berterusan lain, sila kunjungi laman web Domino’s.



Mengenai Domino’s Pizza Malaysia:

Dengan lebih daripada lapan piza yang dijual setiap saat dan lebih daripada 3,800 cawangan di 12 pasaran (Australia, New Zealand, Belgium, Perancis, Belanda, Jepun, Jerman, Luxembourg, Taiwan, Malaysia, Singapura dan Kemboja) Domino's Pizza Enterprises Limited (ASX: DMP) bertekad membekalkan makanan pengikat kasih yang paling lazat dan versatil. Piza kami ternyata mengeratkan ikatan sesama insan. 

Di Domino’s Pizza, kami BERBANGGA dengan komitmen kami untuk memperkaya kehidupan pelanggan kami, kakitangan kami, rakan niaga kami, pemegang saham kami dan juga masyarakat umum. Sebagai salah satu jenama paling digemari di Malaysia, kami akan sentiasa melakukan sedaya upaya kami untuk mengukir senyuman di wajah anda dan juga menegakkan budaya kami untuk ‘menjual lebih piza, mencetus lebih keseronokan’. Selaras dengan falsafah syarikat kami untuk berusaha secara bijak, Domino's komited untuk memberikan pengalaman penghantaran piza yang tiada tandingan kepada pelanggan, dengan jaminan kepuasan produknya, jaminan penghantaran dalam masa 30 minit dan jaminan pesanan bawa pulang dalam masa 15 minit. Sehingga kini, terdapat 270 cawangan Domino's Pizza di negara ini. 

Melangkah maju sebagai syarikat e-dagang, Domino's Pizza telah mencipta banyak pencapaian pertama dalam platform digital. Domino's Pizza Malaysia telah menggunakan dunia digital dengan sebaik mungkin dan ini bermula apabila diiktiraf sebagai syarikat QSR pertama yang menyediakan platform pesanan dalam talian oleh Buku Rekod Malaysia dengan pelancaran laman webnya pada 2003. 

Domino's Pizza juga telah memenangi pelbagai anugerah termasuk Anugerah Gold Franny pada 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2016 dan juga Anugerah Jenama Putra, di mana Domino's memenangi Anugerah Gangsa dalam kategori “Restoran & Makanan Segera” pada 2014, Perak pada 2015, Gangsa pada 2016, Perak pada 2017 dan Gangsa pada 2018, 2018, 2020, 2021 dan 2022. Menerusi perkhidmatan pelanggan yang cemeriang, Domino’s Pizza memenangi Anugerah Pengalaman Pelanggan Terbaik CXP untuk dua tahun berturut-turut pada 2020 dan 2021. Baru-baru ini pada 2022, kempen Domino's Pizza, ‘Can't Get Cheesier Than This’ (Tiada Lebih Keju Daripada Ini) memenangs Anugerah Emas di Dragons of Malaysia dan Perak di Dragons of Asia, kedua-duanya dalam kategori Pelancaran Produk Terbaik bagi Kempen Pelancaran Semula di Anugerah Dragons of Asia 2022. Pada tahun yang sama, Domino’s Pizza juga meraih Anugerah Pilihan Graduan, membuktikan dedikasi dan usaha Syarikat mengukuhkan inisiatif penjenamaan majikan yang memaparkan pelbagai pilihan dan ciri pekeriaan masa depan dan juga mengukuhkan kedudukannya sebagai majikan pilihan utama. 

Pelanggan boleh mengunjungi laman webnya di www.dominos.com.my untuk membuat pesanan mereka. Untuk perkembangan terkini, sila ikuti laman Facebook Domino's Pizza Malaysia di https//www.facebook.com/DominosMY/ atau instagram di https:/www.instagram.com/dominosmy/ .


Domino’s Pizza pilihan Pizza No.1 saya..❤️



Comments