RESTORAN MEE HIRIS KE-31 KINI DI SUNWAY PUTRA MALL KL

Pelancaran Restoran Mee Hiris China Muslim Yang Ke-31 Kini Di Sunway Putra Mall Kuala Lumpur


Sebahagian Vip & Influencer mengambil kesempatan untuk merasai panorama Kuala Lumpur dengan menaiki Hop-On Hop-Off sempena promosi Mee Hiris China Muslim di bulan Kemerdekaan tahun ini



"Mee hiris" adalah sejenis hidangan mi yang popular dalam masakan Malaysia, terutamanya di negeri Kelantan. Hidangan ini biasanya terdiri daripada mi yang dipotong atau dihiris nipis, dan dimasak dalam sup yang kaya dengan rempah dan perisa. Bahan-bahan lain seperti ayam, udang, sayur-sayuran, dan telur juga sering ditambah. Mee hiris sering dihidangkan dengan sambal dan perahan limau untuk menambah rasa.

Apabila sebut sahaja mee hiris kita terus terbayangkan makanan enak citarasa orang cina. Tapi kini mee hiris menjadi kegemaran rakyat Malaysia berbilang bangsa. Ianya terbukti dengan pembukaan cawangan mee hiris china muslim yang ke -31 di Malaysia. Terbukti mee hiris mendapat tempat dihati seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa. 


Warga KL kini boleh mendapatkan Mee Hiris China Muslim di Sunway Putra Mall. Pembukaannya telah dirasmikan oleh Tengku Datuk Dr. Hishammuddin Zaizi. Ianya juga dirasmikan sempena sambutan ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke-67 menyuntik semangat patriotisme dan menampilkan keperbagaian citarasa bangsa di Malaysia.


Sempena bulan kemerdekaan ini, Mee Hiris China Muslim memperkenalkan promosi ‘Mee Merdeka Madness’ yang membawa tawaran istimewa yang membolehkan pelanggan menikmati mangkuk kedua hidangan Mee Hiris dengan harga hanya RM6.70 sempena kemerdekaan Malaysia yang akan disambut pada 31hb Ogos. 


Pengurus Operasi Mee Hiris China Muslim, Elmy berkata, promosi itu bukan sahaja meraikan perjalanan sejarah negara tetapi, juga menjadikan masakan mereka mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat Malaysia. Katanya, Mee Hiris China Muslim juga antara tarikan pelancong untuk menikmati variasi kelazatan hidangan masakan Cina halal.


“Di atas inisiatif ini, promosi dan kerjasama turut dijalinkan bersama perkhidmatan bas Hop On Hop Off di mana pelancong, dapat menikmati panorama Kuala Lumpur sambil menikmati hidangan di Mee Hiris China Muslim.

“Sejajar dengan kemajuan perniagaan Mee Hiris China Muslim ini, ia dapat mewujudkan peluang pekerjaan serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara”


Antara vip dan influencer yang turut hadir di majlis perasmian Restoran Mee Hiris China Muslim di Sunway Putra Mall


Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersatu dengan menikmati rezeki kepelbagaian menu berbeza. Syukuri rezeki yang dikurniakan. 






Comments