‘HALAL BEAUTY CARNIVAL 2024’ DIRAIKAN MERIAH

MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL KEUSAHAWANAN KECANTIKAN, KESIHATAN DAN PRODUK HALAL 2024 (HALAL BEAUTY CARNIVAL 24’)




UTV Media Malaysia dengan kerjasama Persatuan Media Digital Kreatif (PDMK), Yayasan Wilayah Persekutuan, Persatuan Penduduk B & C PPR Hiliran Ampang dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah julung kalinya mengadakan Karnival Keusahawanan Kecantikan, Kesihatan Dan Produk Halal 2024. Karnival ini telah diadakan pada 24 Ogos 2024 bermula dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang di Blok C, Dewan Komuniti Lestari B & C PPR Hiliran Ampang.


Karnival ini merupakan pertama kali diadakan bagi memberikan penumpuan khusus kepada usahawan golongan B40. Majlis dirasmikan oleh YM Dr Raja Putra Shah selaku penasihat PDMK.


Turut hadir Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato Nadzim Johan; Eksektif Kanan Pembangunan Komuniti, Yayasan Wilayah Persekutuan, Siti Nadiah Mohhd Ariff; Presiden Perniagaan Gimnasium Malaysia, K. Krishnakumar dan Pengarah Art Talent Production, Wan Mohd Faidz Wan Husain mewakili pihak JKKN.


Ucapan alu aluan telah disampaikan oleh Pengarah Halal Beauty Carnival (HBC 24) Puan Nurzulaikha Binti Raduian dan juga pengasasnya Encik Alias bin Abu Bakar. 


Seterusnya Ucapan wakil YWP dan Sesi Pelancaran: 

• Pelancaran Karnival Usahawan

• Pelancaran Majalah UTV

• Pelancaran Website Usahawan

• Pelancaran Miss Hijabi Malaysia




Hadiah cenderahati telah diberikan kepada panel dan VIP yang hadir. Acara dimeriahkan lagi dengan Cabutan ‘Lucky Draw’ dan persembahan Kesenian dan Kebudayaan. 


Pada sessi petang, acara diteruskan lagi dengan Pencarian Duta Miss Hijabi Malaysia 2024 dan Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak. Selain itu, Forum Apa Maksud Kecantikan Halal? telah dihadiri oleh YBerbahagia Ustaz Nik Azmi. Acara diteruskan lagi dengan Demo Make-Up & Skincare dan Peragaan Baju Merdeka Kanak-Kanak Tema Muslimah.


Puan Zulaikha selaku pengarah Karnival ini memaklumkan Karnival menyaksikan penyertaan sebanyak 45 reruai yang menawarkan pelbagai jenis jualan produk sekali gus memberi fokus kepada usahawan PPR, B40, asnaf, ibu tunggal dan miskin bandar smenjana ekonomi. 


Harapan beliau melalui karnival seumpama ini ia akan menyediakan platform rasmi dan rangkaian terutama bagi golongan yang berkecimpung dalam bidang kecantikan, kesihatan dan produk halal untuk berhubung dan menerokai potensi kerjasama dalam sektor perniagaan Halal yang semakin berkembang maju.


Beliau kemudian menggariskan beberapa objektif penganjuran program meliputi antaranya:


  • Melonjakkan dan memberi peluang kepada usahawan-usahawan dalam melebarkan serta menaikkan jenama mereka ke peringkat lebih tinggi.

  • Meningkatkan kesedaran kepada usahawan kecantikan mengenai kepentingan halal supaya produk mereka lebih diyakini, bersih dan suci.
  • Pendedahan dan ruang kepada para usahawan dalam menggiatkan lagi promosi kepada orang ramai. 
  • Meningkatkan lagi pendapatan usahawan PPR, asnaf, B40 dan miskin bandar di Kawasan Wilayah Persekutuan.
  • Bantuan dari segi pemasaran melalui interview, review, dalam portal media secara percuma.

Beliau berpandangan dengan peningkatan permintaan terhadap produk halal yang meluas, usahawan yang terlibat berpeluang mempamerkan barangan dan produk yang menggunakan bahan dan proses yang dibenarkan dalam Islam. 




Berkongsi lanjut, pasangannya, Alias berkata, “Ini adalah langkah awal PDMK dalam membantu usahawan meningkatkan tahap produk mereka, sejajar dengan perkembangan teknologi canggih masa kini, di mana media sosial memainkan peranan penting dalam mempromosikan dan memasarkan sesebuah produk.”


Tambahnya, PMDK tidak akan berhenti untuk memperjuangkan misinya memartabatkan usahawan yang memerlukan bantuan dari segi pemasaran mahu pun mempelajari selok belok terbaharu dalam meningkatkan ilmu perniagaan agar dapat terus menjana pendapatan lebih apabila mereka memasuki pasaran global.


"Walau pun PDMK terpaksa menampung kos penganjuran dengan sendiri dan tidak mendapat dana dari mana-mana pihak khususnya daripada peringkat Parlimen Titiwangsa walaupun sudah dimohon, tetapi diharap sokongan setiap Parlimen dalam membantu acara yang sebegini akan datang dapat diperoleh supaya ia mampu  diteruskan demi memartabatkan usahawan kecil," tambah Alias.


Diharapkan Karnival seperti ini dapat diteruskan untuk masa yang akan datang bagi mengetengahkan produk produk dan perkhidmatan Halal diseluruh dunia. 

Comments