PRUBSN TAJA PAKEJ HAJI & UMRAH UNTUK 26 ORANG JEMAAH; MEMPERKASA SOLUSI DIGITAL DAN PERJALANAN KEROHANIAN MELALUI
Prudential BSN Takaful Berhad (“PruBSN”), Pengendali Takaful Keluarga No.1 Malaysia (Perniagaan Agensi) untuk 11 tahun berturut-turut telah menaja 12 pakej umrah dan satu pakej haji untuk 13 orang pelanggan PruBSN. Setiap pakej menyediakan perjalanan untuk 2 orang dan diberikan sebagai hadiah bersempena Kempen Auti Debit PruBSN yang dijalankan sepanjang tahun 2023.
Para pemenang telah dipilih melalui “Cabutan Rezeki” yang diadakan setiap bulan tahun 2023. Pemilihan dibuat berdasarkan pembayaran sumbangan yang konsisten melalui kaedah auto debit. Kempen ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan PruBSN dalam menambahbaik pengalaman pelanggan melalui pendekatan pembayaran secara digital bagi memastikan para pelanggan terus dilindungi.
Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Wan Saifulrizal Wan Ismail berkata, “Komitmen terhadap inovasi sentiasa mendorong kami untuk mengintegrasikan solusi digital ke dalam setiap peringkat proses perkhidmatan pelanggan. Galakan kepada pelanggan untuk membuat bayaran sumbangan bulanan secara auto debit ini, menawarkan pengalaman perkhidmatan yang lebih mudah dan lancar. Pendekatan dalam talian ini juga memastikan pembayaran dibuat menepati masa dan mengurangkan risiko terlepas untuk membuat pembayaran mungkin menjejaskan perlindungan.”
Melalui teknologi digital, PruBSN turut melancarkan inisiatif i-Lindung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pelanggan. Ia menyediakan rangkaian pelan pelindungam yang mudah diakses dan mampu milik khas untuk ahli-ahli KWSP mendapatkan perlindungan untuk diri dan ahli keluarga melalui simpanan di dalam akaun KWSP. Permohonan boleh dibuat secara terus menggunakan aplikasi i-Akaun KWSP.
“Inovasi adalah melibatkan pemerkasaan untuk pelanggan mendapatkan keperluan perlindungan takaful dengan yakin dan mudah. Bermula dari penghasilan produk kepada pelarasan proses dari mula hingga akhir meliputi proses permohonan, tuntutan, pelaburan dan sumbangan dsb. PruBSN memberikan tumpuan dalam memastikan setiap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah seiring dengan keperluan pelanggan yang semakin berkembang serta menepati prinsip-prinsip Islam.”
“Baru-baru ini, PruBSN turut merangkul Anugerah Inovasi bagi Projek NextGen Underwriting dalam Takaful Star Awards 2024. Pengiktirafan ini mencerminkan dedikasi kami terhadap inovasi dalam menaiktaraf pengalaman pelanggan kami,” jelas beliau.
Sejajar dengan keperluan penyediaan perjalanan kerohanian untuk mengerjakan Umrah dan Haji terutama pada musim Umrah dan Haji pada masa ini, PruBSN turut menawarkan perlindungan percuma untuk mereka yang berkelayakan melalui kempen “Hijrah & Kembara.” Tawaran eksklusif ini menyediakan manfaat perlindungan untuk kematian akibat kemalangan serta kemasukan hospital Ketika perjalanan di luar negara. Kempen ini berlandung hingga 31 Julai 2024.
Selain itu, di bawah pelan WarisanGold, PruBSN turut menawarkan bantuan kewangan segera sebanyak RM3,000 setiap satu bagi manfaat Khairat dan Badal Haji. Ini memberikan peluang untuk ahli keluarga memenuhi tuntutan Haji mewakili orang yang dilindungi apabila mereka meninggal dunia.
Comments
Post a Comment