Alamanda Putrajaya Tawar Baucar Tunai RM1000 Setiap Hari Sempena Kempen ‘Golden Ticket’ Untuk Tahun 2024
Alamanda Putrajaya Tawar Baucar Tunai RM1000 Setiap Hari Sempena Kempen ‘Golden Ticket’ Untuk Tahun 2024
Kemeriahan Kempen 'Golden Ticket' yang sedang berlansung di Suria KLCC kini berterusan di pusat beli belah ikonik Alamanda Putrajaya. Di Alamanda Putrajaya, Kempen ‘Golden Ticket’ sedang berlangsung dari 18 Mei sehingga 3 Jun 2024. Para pembeli yang berbelanja RM500 ke atas melalui dua resit dari kedai-kedai terpilih berpeluang untuk menyertai kempen ini.
Para pengunjung yang membeli belah di sini akan menikmati pengalaman yang menarik. Lokasi kotak misteri yang terletak di ruang legar aras G Alamanda, Putrajaya memudahkan pengunjung melihatnya. Terdapat 50 kotak misteri yang bakal menanti mereka. Para peserta berpeluang untuk memenangi sekeping ‘Golden Ticket’ bernilai RM1,000 dalam bentuk Baucar Pusat Beli-Belah Alamanda atau ‘Yellow Ticket’ juga dalam bentuk Baucar Pusat Beli-Belah Alamanda.
Setiap hari, sebanyak 50 cabutan tiket akan dilakukan yang terdiri daripada sekeping ‘Golden Ticket’ dan 49 keping ‘Yellow Ticket’. Para peserta yang bertuah berpeluang untuk membawa pulang hadiah menarik sepanjang kempen ini berlansung. Para pemenang ‘Golden Ticket’ akan diraikan yang mana foto mereka akan dipaparkan di bingkai khas di “Wall of Winners”.
Selain itu, terdapat 3 pemenang bertuah yang berpeluang untuk memenangi sebuah iPad jenama Apple melalui cabutan bertuah eksklusif yang akan diadakan selepas kempen tersebut. Ini merupakan peluang yang menarik untuk para pengunjung yang menyertai kempen ini. Menarik lagi, setiap tiket yang tidak ditebus akan dibawa ke hari yang seterusnya. Ini memberikan peluang yang lebih tinggi untuk para pengunjung membawa pulang ganjaran hebat melalui kempen 'Golden Ticket' di Alamanda Putrajaya.
Tiga pemenang bertuah berpeluang untuk memenangi sebuah iPad jenama Apple melalui cabutan bertuah eksklusif yang akan diadakan selepas kempen. Jika tidak menang RM1000 sekalipun, mereka masih menang voucher RM50.
Dengan pelbagai hadiah menarik ditawarkan melalui Kempen 'Golden Ticket' di Alamanda Putrajaya, pasti pengunjung akan menikmati pengalaman membeli-belah yang berbeza. Jom shopping di Alamanda Putrajaya untuk menang hadiah menarik!
Bersama sahabat media blogger dan influencer
Comments
Post a Comment