RAI ANAK YATIM, MEDIA DAN SELEBRITI DI MAJLIS IFTAR PERDANA DI GALERI NUR RAUDHAH AMPANG

RAI ANAK YATIM, MEDIA DAN SELEBRITI DI MAJLIS IFTAR PERDANA DI GALERI NUR RAUDHAH AMPANG


Syarikat Road To Fortune (R2F) pengeluar Jam Thowaf No.1 di dunia telah bekerjasama dengan Anita Entertainment & Productions meraikan anak yatim dan asnaf Nurul Hasanah di Galeri Nur Raudhah(GNR), Ampang baru baru ini.  Pada Majlis iftar tersebut, turut dihadiri ialah para pengamal media dan selebriti. Turut hadir ialah Ustaz Zawawi pengetua GNR dan Encik Ishak Pegawai Pemasaran R2F.

Kini GNR telah memasuki tahun ke empat sejak penubuhannya pada awal 2021 dan terus melangkah dalam bidang Muammalat mengikut sunnah Baginda Nabi Muhamad SAW sekaligus usaha mencapai sasaran  bagi membina sebuah Kompleks Muzium Sejarah Tamadun Islam di Malaysia. GNR kini menjalinkan usahasama dalam perniagaan Jam Towaf 1 Berskala Energy yang Pertama di dunia yang dimiliki sepenuhnya oleh Syarikat Bumiputra bertujuan membantu membiayai dana rumah Anak Yatim Dan Asnaf Nurul Hasanah. GNR terletak di dalam kawasan rumah Nurul Hasanah. 


Jam Thowaf ‘Anti-clockwise’ yang berpusing seiring dengan cara orang Islam melakukan Tawaf di kaabah. Ianya berkait dengan cara darah yang mengalir di dalam tubuh badan kita yang beredar mengelilingi badan pada arah tawaf. Magnet dari larva yang mempunyai lebih 70 mineral dan gabungan teknologi nano yang diperkenalkan itu mempunyai banyak manfaat kepada pemakainya. 


Antaranya dapat merawat penyakit fizikal seperti melancarkan perjalanan darah, merawat sel- sel serta mengandungi DNA, menghapuskan virus dan bakteria, membuang toksin dalam badan, melawan sel kanser serta menambahkan fokus minda. Testimoni pemakainya ada juga yang merawat penyakit mistik. 

Hasil keuntungan perniagaan jam tersebut akan dapat menampung kos penyelengaraan dan harian yang diperlukan di situ. Selain itu GNR juga turut mewarwarkan produk Sunnah yang yang lain nya seperti madu asli, susu, Sauda dan lain  yang akan ditambah dari masa ke semasa. Kursus kursus sirah junjungan Baginda Nabi SAW secara bersiri juga turut diadakan bagi manafaat kepada seluruh Ummat. Sehingga kini orang ramai tidak dikenakan bayaran bagi memasuki galeri dan dapat melihat barangan Nabi Muhammad SAW secara percuma.

Antara acara menarik yang diadakan sempena mempromosikan Jam thowaf 1 di dunia ini, pihak R2F dan Ustaz Zawawi bermurah hati bekerjasama dengan Anita Entertainment serta melantik barisan selebriti dan media dengan memberikan sumbangan Jam thowaf raya seterusnya menjadi duta jam ini di bawah Kumpulan Rakan Selebriti & Media Group pengguna Jam Thowaf 1 ini.


Antara selebriti  yang bertuah  menerima hadiah Jam thowaf 1 ini ialah Norish Karman , Aris Ariwatan , Blank Gamma , Azura Aziz. Shahz Kazen , Hasnul Gegar Vaganza , Juril Duta , Penerbit / Pelakon Opah Puan Hajjah Kharijah Abu Hassan dan ramai lagi. Barisan para Media yang turut menerima hadiah jam tangan ini ialah Puan Fariza Saidin - Mantan Editor Hiburan Utusan Malaysia , En Akmal Abdullah - Mantan Editor Kanan bi pop Berita Harian dan rakan media Bloggers yg lainnya.

Disamping itu, Puan Anita Yusop dari Anita Entertainment / Nita Bikers  turut menjadi duta bagi Jam Thowaf ini dan menjadi ketua kumpulan bagi Groups selebriti dan media yang terlibat. Semua usaha ini adalah untuk menampung kos pengurusan  galeri,   ruang jualan dan bilik rawatan serta memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk berniaga bersama mereka sambil membantu untuk pembinaan modul insan Rumah Anak Anak Yatim Nurul Hasanah dan GNR.


Comments