Wahdinii Lancar Lagu ‘Berilah Petunjuk’ Ciptaan Adi 6xth Sense

 






Pelancaran lagu Wahdinii ( Berilah Petunjuk )

Wahdinii merupakan sebuah lagu baru hasil ciptaan penerbit dan komposer tidak asing lagi iaitu Adi Priyo (Adi 6ixth Sense). Lagu ini berjudul Wahdinii yang bermaksud Berilah Petunjuk.


Adi Priyo sebelum ini pernah merangkul beberapa anugerah menerusi lagu Muara Hati nyanyian Dato Seri Siti Nurhaliza ft Hafiz Suip dan Ku Relakan Jiwa oleh Hazama.Selain itu,lagu-lagu hits dari 6ixthsense seperti Khatimah Cinta, Tanpa dan Kisah Hati nyanyian Datin Alyah juga merupakan hasil ciptaan beliau.


Wahdinii juga adalah pengeluar baju “muslim wear” yang berasal dari Johor Bahru. Bersama rakan urusniaga iaitu Puan Emma atau lebih dikenali sebagai Emma Rockers mendapat idea untuk menghasilkan sebuah lagu tema Wahdinii ini.


Pemilik Butik jenama Wahdinii, Puan Faridah yang juga berasal dari Johor Bahru telah memulakan perniagaan menjahit pakaian secara ‘suka suka’ dengan menjahit baju dari rumah sambil membesarkan anak didepan mata. Pakaian yang dijahit mendapat pujian dan permintaan ramai. Dengan berkat usaha dan kecekalannya serta keberaniannya memperluaskan perniagaannya, beliau bersama arwah suaminya berjaya mengeluarkan pakaian lelaki berjenama Wahdinii.


Kini walaupun tanpa suami disisi, Puan Faridah terus melaksanakan hasrat Arwah suaminya yang tidak kesampaian sebelum ini. Adi 6ixthsense dipilih disebabkan kepakaran beliau dari segi penciptaan konsep lagu. Lagu ini agak berlainan dari lagu-lagu sebelumnya yang lebih berkonsepkan balada, rock alternative, pop tapi kali ini melodi yang sangat mudah diikuti disusun seperti irama padang pasir.


Hasil perbincangan semua pihak yang diterajui Encik Zell Sazalie selaku komunikasi strategik,sebulat suara untuk mengambil penyanyi Azmi Saat Caliph Buskers sebagai featuring bersama Adi Priyo untuk lagu ini.


Wahdinii mempunyai maksud dalam bahasa Melayu iaitu Berilah Petunjuk ⁠ dimana semua manusia di muka bumi ini memerlukan Petunjuk untuk mencapai kejayaan.

Alhamdulillah lagu ini telah dapat disiapkan dan sekaligus Puan Faridah dan Puan Emma terus terpikat untuk menaja Adi & Azmi untuk keluaran Muslim Wear Wahdinii yang dikeluarkan pada 2024 ini.


#wahdinii

#caliphbuskers

#sixthsense

Comments