2024 Pembuka tirai dan idea baru tercetus oleh dua nama yang tidak asing lagi dalam bidang masing - masing. Pemilik Anissa Batik Nur Anissa Hawa Zaidi bersama Datuk Seri Eizlan Yusof telah menghasilkan kurta yang selesa dengan menggunakan fabrik cotton ‘easy care’ yang berkualiti.
Idea mengeluarkan Kurta ini bermula dari peminat Eizlan Yusof yang sering bertanya Eizlan tentang baju batik keluaran Anissa Batik yang dipakai ketika ‘live’ di media sosial. Mereka kata “ cantiklah baju yang Datuk pakai tu.. kat mana nak beli?” Maka dari situlah tercetusnya idea mengeluarkan kurta dengan jenama sendiri.
Eizlan berpendapat, sudah tiba masa beliau menyahut cabaran bidang ini terutamanya fesyen lelaki setelah berpuluh tahun bergelar model serta memperagakan pakaian.
"Saya sudah biasa memperagakan pakaian untuk pelbagai jenama terkenal sejak usia belasan tahun. Jadi, apa salahnya saya mengeluarkan jenama pakaian sendiri pula?
"Tambahan lagi, saya memang duta kepada Annisa My Batik dan peluang untuk mereka dan mengeluarkan jenama sendiri berkolaborasi dengan Annisa My Batik adalah peluang yang tidak harus dilepaskan," katanya.
Malah, permintaan dari pelanggan tetap serta peminat menjadi asbab beliau menyahut permintaan mereka.
Eizlan ditemui pada majlis pelancaran Joe Kurta by Eizlan Yusof di KL East Mall, Kuala Lumpur,
Menurut beliau lagi, beliau memilih rekaan minimalis menggunakan kain jenis kapas (cotton) berkualiti tinggi dengan enam pilihan warna menarik. Warna tersebut adalah putih, hitam, kelabu, hijau, merah dan khaki.
"Harga pula sangat 'Rahmah', yakni bermula dari RM79 sahaja. Peminat kurta boleh mendapatkan Joe Kurta by Eizlan Yusof di booth yang berada di tingkat bawah di KL East Mall, Kuala Lumpur dan di Four Seasons Hotel, Kuala Lumpur.
"Selain itu, peminat juga boleh mendapatkannya di beg kuning di akaun Tiktok," katanya.
Untuk baju batik dan kurta keluaran akan datang pula, beliau akan mengumumkannya sedikit masa lagi. Nantikan keunikan kurta yang bakal dikeluarkan kelak.
#kurta#joekurta#anissabatik #eizlanyusof
Comments
Post a Comment