Majlis Meraikan Artis Artis Malaysia Yang Pernah Mendapatkan Rawatan Bariatik Daripada Dr Mustafa Mohammed Taher - Pakar Bedah Bariatrik Terbaik Di Asia Pacific 2023
Majlis Meraikan Artis Artis Malaysia Yang Pernah Mendapatkan Rawatan Bariatik Daripada Dr Mustafa Mohammed Taher - Pakar Bedah Bariatrik Terbaik Di Asia Pacific 2023
KUALA LUMPUR, 5 September 2023 - Dr Mustafa Mohammed Taher, pakar bedah Bariatrik di Pusat Perubatan CENGILD telah meraikan artis yang pernah mendapatkan rawatan beliau bertempat di Restoran Hadramawt Kitchen, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Dr Mustafa Mohammed Taher telah diiktiraf sebagai salah seorang pakar bedah Bariatrik terbaik di Asia Pacific pada majlis Anugerah Kesihatan dan Pelancongan Global baru-baru ini di Kuala Lumpur.
Dr Mustafa yang merupakan Pakar Bedah GI dan Bariatrik telah melakukan lebih daripada 2000 pembedahan Bariatrik di klinik swasta sepanjang tempoh 3 tahun yang lalu.
Pesakit Bariatrik Dr Mustafa juga telah mengambil inisiatif menubuhkan kumpulan sokongan mereka sendiri yang diketuai oleh Chef Bob@Alfie Sabri . Chef Bob sebelum ini hanya berada di atas kerusi roda selama 3 tahun dan menggunakan keluli untuk menyokong kakinya akibat masalah obesiti yang sangat teruk. Chef Bob telah berjaya menurunkan berat badan beliau sebanyak 130kg dalam tempoh setahun selepas pembedahan bariatik dan kini menjalani kehidupan normal semula.
Diantara rakan selebriti yang turut hadir ialah Datuk Khaty, Zarina Zainuddin, Ziana Zain, Liza Abdullah, dan Dato Zila Jalil. Masing masing berkongsi pengalaman mereka yang pernah mengadakan sesi pembedahan bariatik bersama Doktor Mustafa. Rata rata menyatakan pembedahan ini selamat dan kesihatan mereka lebih baik dari sebelum ini. Ada yang sukar tidur dan berjalan disebabkan berat badan yang berlebihan. Namun selepas menjalankan pembedahan dan rawatan yang berterusan serta menjaga makan, mereka merasa lebih segar dan sihat untuk melakukan aktiviti harian.
Ziana Zain antara selebriti yang pernah mendapat rawatan bariatik daripada Dr Mustafa.
Dato Ziela Jalil juga berkongsi kisah kesihatannya bertambah baik setelah mendapatkan rawatan.
Orang ramai yang berminat untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai pembedahan bariatik boleh mengikuti Dr Mustafa melalui Instagram beliau @dr.mustafamt atau boleh hubungi Puan Rafeah di talian +60162330678.
Info Mengenai Pembedahan Bariatik:
Pembedahan bariatrik ialah sejenis pembedahan yang dilakukan untuk membantu mengawal masalah berat badan berlebihan, atau obesiti
Terdapat beberapa jenis pembedahan bariatrik yang biasa dilakukan seperti gastric sleeve, pintasan gastrik dan lain-lain. Jenis pembedahan yang sesuai akan ditentukan oleh doktor bedah selepas perbincangan dengan pesakit dengan mengambilkira tahap kesihatan pesakit dan 'target' pengurangan berat badan yang diperlukan.
Secara umumnya, pembedahan bariatrik akan mengecilkan saiz organ dalaman perut. Apabila saiz perut akan lebih kecil, pesakit akan berasa cepat kenyang walaupun hanya memakan jumlah makanan yang kecil.
Saiz perut yang lebih kecil juga akan memberi tindakbalas hormon pada badan untuk mengurangkan rasa lapar.
Pengurangan kuantiti pemakanan dan pengurangan rasa lapar sekaligus akan membuatkan pesakit bariatrik berada dalam "defisit kalori".
Terdapat juga jenis pembedahan seperti pintasan gastrik yang akan turut mengurangkan kadar resapan makanan yang dimakan. Proses ini akan turut membantu pengurangan berat badan.
Pembedahan bariatrik biasanya dilakukan ke atas pesakit yang gagal mengurangkan berat badan melalui ubahsuai cara pemakanan dan meningkatkan senaman, atau tidak berjaya mengekalkan penurunan tersebut untuk tempoh jangka panjang.
Pembedahan ini juga boleh dilakukakn ke atas pesakit yang mempunyai berat badan yang sangat tinggi (morbid obesity atau super obese) kerana mengikut kajian klinikal, golongan ini kemungkinan besar tidak akan dapat menurunkan berat badan dan mengekalkannya melalui diet dan senaman semata-mata.
Secara umumnya, calon bagi pembedahan bariatrik ialah:
I) BMI lebih 40
II) BMI lebih 35 dengan masalah kesihatan disebabkan obesiti (cth kencing manis, darah tinggi)
III) BMI lebih 30 dengan masalah kesihatan tertentu
4) Potong perut? Macam sakit and lama je kena duduk hospital....
Pembedahan bariatik biasanya dilakukan secara laparoskopik atau kaedah tebukan. 3-5 lubang kecil bersaiz 1-2cm akan dibuat di bahagian abdomen. Proses pembedahan akan dilakukan melalui lubang-lubang kecil tersebut.
Pesakit biasanya akan dibolehkan (bahkan digalakkan) berjalan perlahan-lahan selepas kesan bius dari pembedahan hilang (biasanya pada waktu malam jika pembedahan dilakukan pada waktu siang)
Jika tiada komplikasi berlaku, biasanya pesakit akan hanya tinggal di hospital selama 2-4 malam dan dibenarkan pulang ke rumah selepas tempoh itu.
#DrMustafaBariatrik #PakarBedahBariatrik
Comments
Post a Comment