Dari kiri: Mat Ropi - Singamuda Kuda Merah PDRM, Dr Nasree Najmi - Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Master Najmi Abdullah - Presiden Persatuan Muaythai Terengganu, MUHAMMAD AAFFENDI JAAFAR - Penyelaras Teknikal Acara Dalaman T-Fight, MUHD HASLIZAN HASHIM - Penyelaras Teknikal Acara Luaran T-Fight
KUALA LUMPUR 22 Ogos - Muay Thai atau Tinju Siam merupakan ilmu beladiri sofistikated yang wujud lebih daripada 2000 tahun lampau akibar konflik dan peperangan. Seni tempur bangsa Siam ini berkembang sejak beberapa dekad yang lalu dan menjadi sukan gelanggang yang utama di Thailand. Seni yang diadaptasi daripada kemahiran berperang tentera Thai ini menjadi seni beladiri kepada semua rakyat baik lelaki mahupun perempuan dan menjadi sebahagian daripada warisan kebudayaan masyarakat Siam. Tiada ilmu tempur yang bersifat spiritual sepertinya yang mana kanak-kanak di Thailand sejak kecil lagi diajar salah satu cabang kickboxing yang paling berbahaya di dunia. Muay Thai adalah suatu seni yang bersiratan dengan pelbagai jenis beladiri utama. Teknik-tekniknya hampir sama dengan Pradal Serey Kemboja, Lethwei Burma, Kali Filpina, Jun Fan dan Pencak Silat.
Maksud sebenar Muay Thai ialah tinju bebas dan merupakan satu bentuk seni bela diri yang menggunakan lapan anggota badan seperti penumbuk, siku, lutut dan juga kaki itu semakin digemari rakyat Malaysia.
Kiri : Ali Yaakub - Teras Muaythai Gym, Negeri Sembilan
Untuk pertama kalinya, Persatuan Muay Thai Terengganu akan menganjurkan program sukan berskala prestij iaitu T- Fight Festival 2023 yang mampu menarik pengunjung dari dalam dan luar negeri mahu pun luar Malaysia.
Nama T-Fight Festival 2023 dipilih atas dasar faktor kepada penjenamaan komersial mewakili sukan berlandaskan seni bela diri / tempur di Negeri Terengganu Darul Iman.
Program yang akan dijadikan sebagai acara tahunan untuk Terengganu itu akan diadakan selama dua (2) hari, dua (2) malam, bermula 29 hingga 30 September 2023, jam 9 pagi hingga 11 malam, di Stadium Tertutup Gong Badak, Kompleks Sukan Negeri Terengganu.
Penganjuran T-Fight Festival 2023 kali ini merupakan kesinambungan kepada penganjuran sebelum ini dan kini dirancang lebih besar dengan pengisian dan acara yang lebih hebat.
Acara T-Fight Festival 2023 ini juga diselarikan dengan trademark “Sukan Patuh Syariah”dan "Fit Is Sunnah” yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu serta Majlis Sukan Negeri Terengganu.
Presiden Persatuan MuayThai Terengganu, Master Najmi bin Abdullah berkata, program seperti ini mampu memberikan impak yang pelbagai dari sudut industri sukan, gaya hidup sihat, pelancongan, keusahawanan serta sosial generasi muda.
"Persatuan Muay Thai Terengganu diiringi Majlis Sukan Negeri bersama Kerajaan Negeri serta agensi kementerian menjayakan acara ini agar memberikan manfaat yang tersendiri kepada semua pihak seterusnya mampu mempromosikan Visit Beautiful Terengganu 2023.
"Objektif penganjuran T-Fight Festival 2023 adalah untuk menghimpunkan para penggiat serta penggemar sukan tempur dari dalam dan luar Terengganu mahupun dari luar negara bagi mengambil peluang apa jua manfaat yang diisi sepanjang program ini.
"Program ini juga bertujuan untuk mencungkil serta mengetengahkan bakat-bakat baharu sukan tempur ini dari dalam Negeri Terengganu. Seterusnya ia dapat memberi satu imej kepada Negeri Terengganu sebagai negeri “SPORTS & TOURISM” yang popular serta mendapat perhatian di Malaysia," jelas Master Najmi.
Tambahnya, menjadikan T-Fight Festival 2023 sebagai program terbesar penganjuran sukan tempur (gelanggang) yang mampu memberikan impak pelbagai pihak serta menarik kedatangan para pengunjung serta pelancong dari dalam dan luar Terengganu.
Master Najmi juga berkata, penganjuran T-FIGHT FESTIVAL 2023 turut mendapat sokongan dan kerjasama kerajaan Negeri Terengganu, MOTAC - Tourism Malaysia 2023, KBS, MSN / KSNT, KDN / Polis Di Raja Malaysia, Jabatan dan Agensi Negeri Terengganu, GLC Terengganu, Swasta dan Korporat.
Acara utama program ini adalah One Arena, Thousands of Eyes iaitu T-Fight Terengganu International Muay Thai untuk tujuh (7) pertarungan meliputi 1 Super Four (3 pertarungan) dan 4 Super Fight (4 pertarungan).
Selain itu, acara ini juga bakal mencatat sejarah tersendiri apabila menghimpun penggiat beladiri/tempur dalam satu pertunjukan seni yang melibatkan penggiat yang aktif di dalam dan luar Terengganu bagi mendapatkan pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Pelbagai acara sampingan menarik diadakan sepanjang program berlangsung. Antaranya adalah T-Fight Tranung Jom Fit, himpunan kereta klasik, bicara agama dan sosial / sukan patuh syariah, pameran serta acara kepolisan (T-Fight Sang Saka Biru), pameran dan promosi industri pelancongan, T-Fight Tranung Delicious, Busking Challenge, E-Sport Challenge, Night Fun Run dan pelbagai lagi.
Pihak penganjur menyasarkan kehadiran pengunjung untuk adalah sekitar 15,000 ke 20,000 orang pengunjung dan para pelancong yang akan berkunjung ke program tersebut.
Menurut Master Najmi lagi, program yang bakal dijadikan acara tahun ini secara tidak langsung akan mengangkat imej kerajaan negeri yang serius dan komited dalam menjayakan industri sukan pelancongan di Terengganu, ‘Sport Tourism’.
Berikut merupakan senarai nama peserta T-FIGHT:
• Ali Yaakub – Teras Muaythai Gym, Negeri Sembilan
• Mat Ropi – Singamuda Kuda Merah PDRM
• Aliff Rakib – Sor. Dechapant, Malaysia
• Sabri – Thaivisix, Terengganu
• Amir Sirvan – Muaythai Academy, Iran
• Ejo Ikan Bakar - Sri Jerteh, Terengganu
• Zulfakar – Thaivisix, Terengganu
• Pjan Piranha - Muaythai Club, Pahang
• Hakim – Red Lion Terengganu
• Abam Haikal Stble – Black Tiger Kelantan
• Akif Hakimi – Muay Singa Muda, Negeri Sembilan
Senarai penyertaan Persatuan/pertubuhan/kelab seni beladiri bagi pengiktirafan MBOR:
• PERSEKUTUAN SILAT NEGERI TERENGGANU (PESAKA NEG. TERENGGANU)
• PERSATUAN SENI SILAT CEKAK TERENGGANU
• PERTUBUHAN SENI GAYONG SERANTAU MALAYSIA NEGERI TERENGGANU
• PERSEKUTUAN TAEKWON-DO TERENGGANU (ITF)
• MATSA TAEKWON-DO CLUB
• PERSATUAN JUDO TERENGGANU
• PERSATUAN WUSHU TERENGGANU
• KARATE PDRM TERENGGANU
• PERSEKUTUAN KARATE TERENGGANU
• PERSATUAN MUAYTHAI TERENGGANU
• KELAB MUAY THAI KAYU KELAT
• PERSATUAN TINJU NEGERI TERENGGANU
#muaythaifighter #muaythai
Comments
Post a Comment